A***** group Sdn Bhd merupakan Salah satu penipuan terbesar dalam sejarah pembinaan di Malaysia. Syarikat penipu ini mengambil kesempatan di atas kenaikan harga hartanah di mana keseluruhan mangsa penipuan mereka adalah orang Melayu.
Mereka bijak memanipulasikan kelemahan orang Melayu dalam bidang hartanah dan pembinaan.
Orang Melayu mudah terpedaya dengan pakej yang "murah" hingga tak masuk akal ini kerana mindset orang Melayu sendiri yang selalu mencari rumah yang murah semata-mata tanpa mengkaji tentang tawaran yang kelihatan too good to be true.
Sehingga kini Kerugian dianggarkan berjumlah ratusan juta ringgit . Ada yang kata rm500 juta, ada pula yang beritahu jumlah penipuan mencecah RM700 juta ( saya tiada info tepat)
Modus operandi mereka adalah seperti berikut:
1. Menawarkan pakej banglo idaman dengan harga tawaran yang murah. Bayangkan banglo setingkat dengan keluasan 1800-2000sf harga ditawarkan hanya rm90k sahaja termasuk tapak tanah. Kalau rumah seluas itu dengan harga RM90K saya pun boleh bina, tapi guna very cheap & low quality material la. Belum puas duduk dah retak sana sini, tanggal sana sini haha.
Sebenarnya, jika anda mahu sebuah rumah yang berkualiti dengan keluasan seperti itu sekurang-kurangnya anda kena keluarkan kos sebanyak rm 200,000 hingga rm230,000. ( ini harga binaan atas tanah sendiri di kelantan)
2. Bertopengkan agama. Antaranya mereka mengelarkan diri sebagai ustaz/ustazah, pakai kopiah putih, pakai tudung labuh, Mewajibkan pembeli hadir kelas Al Quran dan lain-lain lagi. Hal ini tiada kaitan pun antara "beli rumah" dan hal keagamaan. Mungkin bagi sesetengah orang, bila ada kelas agama , maka keyakinan mereka terhadap kejujuran para "ustaz/ustazah" penipu ini semakin tinggi. Anda perlu faham, yang agama ajar adalah apabila perjanjian jual beli atau SnP telah ditandatangan, maka telah terletak dibahu pemaju/kontraktor untuk menyiapkan rumah tersebut hingga siap berdasarkan perjanjian. Key point agama dalam hal perniagaan adalah apabila anda beli anda dapat barangnya dalam keadaan yang baik.
3. Mewar-warkan kehebatan syarikat kononnya mempunyai banyak cabang perniagaan yang lain sedangkan mereka sepatutnya fokus kepada kerja-kerja untuk menyiapkan rumah pelanggan yang mana gagal disiapkan hingga sekarang.
4. Upload gambar rumah contoh dan tapak tanah semata-mata (setakat tapak tanah, anda boleh ambil gambar dari internet je). Tetapi tiada sebarang laporan berkenaan dengan progress kerja terkini seperti kelulusan plan, siapa arkitek yang membuat kelulusan, tiada dinyatakan PBT mana yang memberi kelulusan plan untuk kerja-kerja membina, tidak dinyatakan secara spesifik lokasi pembinaan. Mereka pastinya akan mengelak untuk menjawab apatah lagi untuk bawa pelanggan ke tapak sebenar progress-progres rumah yang sedang dijalankan. Kerana semua itu TIDAK WUJUD.
5. Menyewa premis shop lot yang besar dan bertingkat-tingkat dan di renovasi supaya kelihatan gah, kukuh, hebat plus mengaku itu premis hak milik mereka, bukan premis sewa. Salah satu kelemahan orang Melayu ialah mereka mudah terpesona dengan suasana ofis yang nampak gah , cantik , tambah-tambah pula kalau ada gadis ayu yang menjadi kakitangan memberi penerangan, lagi la bergetar tulang rusuk kiri bakal mangsa yang berjantina lelaki walupun umur dah masuk 70an. ( jangan lupa beb, nafsu tak pernah tua haha)
6. Korang tambah la sendiri haha
Penulisan ini adalah untuk menyelamatkan duit anda, maruah anda, kebahagiaan anda supaya jangan dimusnahkan oleh penipu-penipu di luar sana.
Apa yang menakutkan, syarikat pembinaan yang menipu seperti ini dengan cara yang yang hampir sama atau sedikit berbeza bukan ada 2 -3 ekor saja. Tetapi berpuluh -puluh ekor syarikat iblis seperti ini beroperasi di seluruh negara. Yang paling menakutkan, mereka ini seoalh-olah kebal dari tindakan undang-undang. :(
Hati-hati mereka ini boleh tutup syarikat lama dan membuka pula syarikat yang lain dengan modus operandi yang hampir sama. Ini cara mereka cari makan, apabila kewangan mereka susut. Mereka akan bina sebuah lagi syarikat iblis yang lain. Usah bicara tentang dosa pahala, syurga neraka dengan puak-puak ini. Kerana bagi puak-puak ini, tuhan mereka bukanlah Allah, tuhan mereka adalah nafsu.
Kepada orang Melayu, cukup-cukuplah dengan mentaliti asyik cari yang murah...murahhh..murahhhhh saja.
Cuba ubah pemikiran anda kepada mencari yang berkualiti pada harga yang berpatutan.
*c&p dr group whatsapp dan di edit sebagai panduan para pembaca