Labels

1 1/2 storey (1) 1.5 storey (3) 2.5 storey (3) 3 storey (3) 3.5 storey (1) Akta 242 (1) alam budiman (1) ampang (11) antaragapi (1) Aparment (1) Apartment (51) ara damansara (1) ARCTICLES (2) ARTICLE (1) ARTICLES (135) ARTILCES (2) balakong (1) bandar enstek (1) bandar tun razak (1) bangi (8) bangsar (1) banting (2) batang berjuntai (1) batu berendam (1) batu cave (1) batu gajah (1) Batu Kikir (1) bekok (1) beranang (1) bukit antarabangsa (2) bukit beruntung (1) bukit jalil (1) bukit kapar (1) Bukit raja (1) bukit saujana (1) bukit tinggi (1) Bungalow (14) Bunglow (1) Business (1) cameron highland (1) chalet (1) cheras (4) Condo (15) Condominium (2) corner (11) corner lot (3) cyberjaya (6) damansara (7) denai alam (1) dengkil (5) Double (3) double store (1) double storey (80) end lot (2) factory (4) gombak (3) Homestay (1) Hotel (1) House (1) hulu langat (3) hulu selangor (2) icity (1) jalan kebun (3) janda baik (1) jelebu (2) jelutong (1) jeram (1) jerantut (1) johan setia (1) johor (1) kajang (11) kapar (4) kedah (1) kelana jaya (1) kelantan (1) kemuning (1) kemuning utama (1) ken rimba (1) keramat (2) klang (27) klang utama (2) klang valey (1) klang valley (2) klia (1) kota damansara (4) kota warisan (2) kuala langat (1) Kuala Lumpur (7) kuala selangor (1) kuala terengganu (5) kubang pasu (1) Land (44) landed (14) langkawi (1) leasehold (1) melaka (2) mersing (1) meru (5) Modern (1) negeri sembilan (2) new (1) nilai (2) northport (1) olak lempit (1) palm oil (1) Pangsapuri (1) peninsular (1) petaling jaya (6) plantation (1) port dickson (1) puchong (11) puchong prima (1) puchong utama (1) pucong prima (1) pulau indah (1) Pump station (1) puncak alam (15) putra height (1) putrajaya (6) rawang (12) rembau (1) Resort (1) salak tinggi (1) saujana putra (1) saujana utama (2) sei kembangan (1) selayang (2) semenyih (4) semi d (17) sendayan (1) sepang (5) seremban (1) seri kembangan (3) service apartment (1) Service Residence (1) setia alam (3) setiawangsa (1) setiwangsa (1) shah alam (70) shophouse (1) shoplot (7) sijangkang (1) Single (1) single storey (21) soho (1) sri kembangan (4) sri petaling (1) studio (5) subang (3) subang bestari (1) subang jaya (4) sungai buloh (12) sungai buluh (1) taman sri andalas (1) telok mas (1) telok panglima garang (2) terengganu (1) terrace (1) Town villa (1) townhouse (4) Triplw storey (1) ukay perdana (5) ulu bernam (1) ulu langat (1) ulu yam (1) usj (4) wangsa maju (2) wangsamaju (2)

agenda tambahan balik beraya di kampung 2017


.
 ~ kebanyakan kes kes harta pusaka di kampung 
~ tidak diurus dengan segera oleh ahli waris
~ contoh harta seperti tanah
~ ada pembahagian dibuat tanpa pemilik baru
~ di daftar kan nama di dalam geran
~ bicara pusaka dibuat juga tidak sekaligus
~ ke atas  keseluruhan harta si mati
~ melainkan dibuat secara terpilih 
~ ke atas tanah tanah yang ingin dijual sahaja
.
~ balik kampung raya tahun ini kita ada agenda 
~ cuba tanya ibu atau bapa kita tanah tapak rumah 
~ yang diduduki sekarang ini adakah nama dia seorang 
~ atau pun berkongsi dengan nama nama lain
~ atau masih nama arwah datuk atau nenek
~ jika berkongsi nama dalam geran
~ siapa mereka yang lain itu, saudara mara kah ?
~ adakah masih hidup kah lagi semua mereka ?
.
~ peringkat awal kita kumpul maklumat ini dulu
~ cuba dapatkan salinan geran
~ atau tahu no lot dan mukim saja pun boleh
~ ada masa semak di pejabat tanah 
~ kita perhati nama dan pecahan bahagian 
~ di dalam geran tanah, tak faham pun tak apa
.
~ kemudian beraya lah sakan di kampung 
~ habis beraya bila balik semula kerja
~ maklumat yang kita dapatkan itu
~ kita cuba lah rujuk kepada yang lebih tahu
~ baca blog blog berkaitan tanah 
~ baca website/portal pejabat tanah
.
# agenda kita cuba untuk bantu supaya 
# tanah itu dipecah bahagian
# untuk dijadikan geran individu 
# khas untuk nama ibu atau bapa kita sahaja
# berasingan dengan lain lain penama
# mungkin juga perlu melalui proses bicara pusaka
# biar usaha ini bermula perlahan 
# asalkan ia bermula... sampai masa nanti 
# InsyaAllah akan selesai 
.
# memudahkan pengurusan harta pusaka 
# untuk generasi akan datang 
# juga menambah tinggi nilai tanah 
# jika dibiar lagi lama keadaan ini
# bila berlaku kematian ke atas sesiapa saja
# dikalangan penama yang ada di dalam geran 
# akan bertambah rumit dan kronik untuk diselesai
.
# mula dengan tanah tapak rumah dulu 
# kemudian diikuti tanah yang lain jika ada

Fb mejar muhd aman

For Sale: Tanah Lot Rumah di Tok Jiring, Kuala Terengganu

tanah lot at tok jiring
Sebelah tanah reserve airport
5.363155, 103.085367



Rm150k
Status bangunan
Freehold
Malay reserve

610m2






URUSAN SELEPAS DISBURSTMENT

INDAH WATER, SYABAS, TNB, URUSAN SELEPAS DISBURSTMENT 
***************************
Sekiranya anda baru dapat kunci rumah, ada lagi perkara anda perlu buat jika anda beli subsale property.

1. TNB - tukar nama dalam akaun dan perlu letak deposit baru. Bawa SNP copy. Download borang di website dan isi dulu sebelum datang, ini akan jimatkan masa. Proses di tnb so far superb. Kalau meter dah cabut, tiga hari working days dah selesai.

2. Indah Water - paling senang, cuma bawa SNP copy saja.

3. Majlis Bandaran - ikut kawasan mana anda beli. Pergi ke Jabatan Pernilaian untuk tukar nama dalam cukai taksiran. Juga perlukan SNP copy (see the trend here?). Di MBSA perlu bayar rm53 untuk perkhidmatan tukar nama ni.

As a comparison, lagi senang urus perkara ni di MBSJ banding MBSA. Di MBSJ semua selesai di floor yang sama..haha

4. SYABAS (atau mana mana syarikat bekalan air). Dapatkan borang dulu online serta bawa snp copy. Kalau wakil yang datang, kena ada surat authorization ( tnb tak perlu). Tadi penat cari cc utk buat surat.

5. JMB - jika rumah high rise, anda perlu juga ke JMB utk tukar maklumat pemilik di dalam rekod. Invoice maintainence etc akan diletakkan nama anda.

For Sale: Tanah Lot at Kampung Jeram Hulu, Kuala Terengganu

Tanah 2 lot x 301m2
RM140k for 2 lot

Hanya 746m dari jalan utama

Kampung Jeram Hulu
5.343294, 103.059368








Kebocoran Kerana Kereta

Ada benarnya.....
Cnp dr Group whatsapp

-KEKAYAAN BOCOR KERANA KERETA-
-‘UMUR PERSARAAN’ DILANJUTKAN KERANA HUTANG KERETA-

Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg instalment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. Dlm fikiran graduan yg baru kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt altis, jazz, crv, honda civic, Subaru XV, elantra, cerato, accord, jetta, golf dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata org keliling. 

Tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. Angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month, iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk bayar kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg datang bersama kereta tu.

Instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi keta tersadai kat parking, jarang2 drive sbb tak cukup duit petrol). Keta mahal dah tentu engine oil pakai fully sentetik ada brand...takkan nak pakai minyak enjin murah takda brand? sayang enjin keta tu. 

Ada yg beli kereta cuma tekan calculator utk kira instalment. Tapi lupa nak masukkan belanja insuran, road tax, petrol & regular service. Lupa nak kira kos insuran utk kereta berharga 90k-150k? Tak arif perihal kos roadtax kereta saiz 2.0 liter? RM450 road tax saja. Insuran pulak 3k-4k. Lupa nak masukkan semua tu dlm kira2 masa beli kereta? Kesudahannya tertunggu2 bonus utk setel semua. Kad kredit swipe dulu. Bila takda bonus dia paling kuat mengata majikan & gomen. Payment kad kredit postpone lagi. hehe ..

Keta hebat takkan nak pakai tayar murah right? Keta enjin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. Kereta berjenama ni gamak ke nak pakai tayar brand yg teksi pakai? jatuh la stendet. Atau takkan drive Camry pakai tayar seken hand? Malu kat budak2 kedai tayar. hehehe.... Kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. Satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So byklah ‘kebocoran' sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.

Kebocoran tanpa sedar. kerana bila kereta hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua tapi bg duit raya sama mcm yg memandu Altis/Accord/CRV. so bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik banyak tekanan sekeliling yg meminta supaya dia keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. 

Keta mahal sure kena hantar car wash selalu, takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta pun mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mahal dari kedai biasa. Bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton/perodua nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... semata2 nak jaga gaya mutu & keunggulan. 

Normal lah klu dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu... which is very2 costly. hehehe. Apa nak buat... sudah terlanjur.

Ramai org suka kereta. Kereta boleh represent tahap ekonomi seseorg dan imej. Juga kerana hobi. Utk suasana hari ini, pada pemikiran byk orang, jenis kereta blh mengelakkan seseorang dari dipandang rendah oleh org keliling, terutama time balik raya & time nak attend reunion kwn2 sekolah & kwn2 universiti. 

Kereta dikatakan 1st impression nak bagi org tengok kita datang naik apa. Imagine kita sampai satu2 majlis dgn brand new Accord berbanding sampai dgn Persona second hand. Kononnya malu dgn rakan sebaya sbb kereta kurang bergaya. Ada saving byk, ASB penuh laki bini, rumah byk, property byk org tak nampak. Sebab aset2 itu tidak boleh diusung ke sana ke mari spt kereta. Cerita pun org tak percaya. dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila bersembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn bsembang dgn mamat berkereta saga BLM. Ini menyebabkan mrk berazam berhutang byk2 utk kereta berjenama. 

Tanyalah mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad. Buat hutang kereta 9 tahun sudah pasti, so terperangkaplah dia for the next 9 yrs. Kereta tu selepas 9 thn jadi besi buruk, susut nilai 90%. Hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & 'pakej-pakejnya'. Byk investment opportunity lost for the next 9 yrs. Lepas 7/9 thn mesti nak tukar kereta lg. Sbb keta lama dah hilang gempaknya. Maka berhutang lagi 9 tahun. 

Klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. Masa tu baru terpikir berapa lama lg aku nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup utk sustain life style yg ada. Org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an melayan hobi, kita pikir nak kerja 10 tahun lagi utk bayar hutang. Umur dah 50-an tapi hari2 masih redah traffic jam. Umur 50-an masih hadap stress di tempat kerja. Dah tua2 masih kena marah dgn boss, kena tekan dgn peers yg jauh lebih muda.  

Dan yg paling malang..................................... byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Persona seken hand malu, pinjam duit kawan tak malu. Liat pulak tu nak bayar. Demi kereta sanggup skip duit yg sepatutnya bagi org tua tiap2 bulan. Malah pinjam pulak duit org tua.  

Ramai sanggup spend beribu tiap2 bulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. Rupanya kereta dia lagi penting.

Menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yg lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah mrk demi kereta.

-END-

For Sale: Kemuncak Condo Seksyen 9, Shah Alam


Leasehold 
Bumi lot
2r,2b

1033 sq ft
Level 4

View Masjid Negeri 

Kitchen Cabinet
Built in wardrobe

Rm358k (nego)


Cara Kumpul Duit Kahwin RM57,234 Dan Beli Rumah RM200,000!!


Pasangan Muda yang baru Nak berumahtangga dan impikan sebuah Rumah untuk mereka berdua di masa Akan datang. Boleh Cuba cara ini.

Gaji bersih: RM1,500

 
1) lelaki dan perempuan apply ASB financing RM50k dengan bayaran bulanan RM275 dan tempoh pembiayaan maksimum 30 tahun.

2) Tahun pertama kekalkan bayaran Selama satu tahun. Apply tambahan sijil kedua ASB financing RM50k, maksimum pembiayaan 30 tahun pada Tahun kedua. Selepas Dividen diumumkan, guna kan Dividen ini untuk pembayaran satu tahun sijil pertama RM50k (rolling Dividen). Guna kan cara ini selama 6 tahun.

3) Pada waktu ini komitmen kamu hanya RM275 untuk sijil kedua ASB financing. Kamu hanya Mengekalkan pembayaran RM275 sebulan selama tempoh 5 tahun untuk sijil kedua.

Selepas 6 tahun untuk sijil pertama dan 5 tahun untuk sijil kedua ASB financing. Stop kedua-Dua loan ni.

Hasilnya:

Sijil pertama
—————
Baki principal: RM 4880
Dividen terakhir: RM 3,625
Jumlah: RM8505

Sijil kedua
————
Baki principal: RM 3958
Dividen terkumpul: RM16,154
Jumlah: RM20,112

Keseluruhan Kedua-Dua sijil berjumlah RM28,617 (seorang), RM57,234 (Dua orang)

Boleh guna kan duit ini untuk kahwin, Beli sebuah rumah berharga RM200,000 Serta lebihan simpanan cash untuk simpanan Selepas berkahwin

Jangan marah saya letak tempoh 6 tahun untuk beli rumah. Kita tengok hakikat hari ini, ramai orang yang bekerja lebih dari 6 tahun pon masih belum beli rumah.sekurang-kurangnya sebelum mampu beli rumah kita sediakan dahulu payungnya, bukan bocorkan lagi bumbungnya.

Moga ia bermanfaat untuk pasangan Muda yang bergaji Bawah RM2,000. Tiada yang mustahil. Selagi Kita punya niat yang baik dan berusaha, in shaa Allah kamu boleh laku kan.

Disclaimer: kiraan Dividen adalah mengikut kiraan 6.75 % tahun lepas.

For Sale: Tanah Lot di Bukit Tol Beng, Kuala Terengganu

Tanah lot di Bukit Tok Beng

Kuala Terengganu


Malay reserve

FreeHold

Luas 482m2/0.12acres

Status tanah kediaman


Lokasi yg strategik

5.351783, 103.118553


Harga market rm130,000


Harga jualan rm120,000






Cara Dapatkan Laporan CCRIS Secara PERCUMA

 
***************************************************

Tiga langkah mudah untuk dapatkan Laporan CCRIS tanpa perlu ke Bank Negara Malaysia. 

Untuk mereka yang jauh dengan cawangan BNM ataupun AKPK. Kalau dekat pergi je dekat kiosk BNM. 
.

✅Langkah 1
Buka laman web : http://creditbureau.bnm.gov.my/download.html
-Download form Credit Report Request (CRR) Form [279KB, PDF]
-Print and isi borang permohonan itu.

Dokumen yang diperlukan
i. Salinan IC (jelas depan belakang)
ii. Dua Dokumen Sokongan 
-Contohnya: Lesen memandu, Bil Utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit, EPF penyata KWSP (Rujuk senarai semak)
.

✅Langkah 2
-Borang yang telah diisi beserta dokumen sokongan boleh dihantar melalui tiga cara.

i. Email:  bnmtelelink@bnm.gov.my 

ii. Pos:  BNMTELELINK, Jabatan LINK & Pejabat Wilayah, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur. 

iii. Fax: No: 03-21741515
.

✅Langkah 3
-Tunggu laporan CCRIS tu dalam seminggu. Semak email.
- File yang dapat tu perlukan kata laluan (password).
- Telefon pegawai BNMTELELINK di talian 1-300-88-546 pada waktu bekerja : 9.00 pagi – 5.00 petang untuk dapatkan password. Untuk pengesahan. Maklumat CCRIS ini milik individu. 

***

Sila lah semak CCRIS korang sebelum mohon pembiayaan dengan pihak bank. Kah!

SHARE jika bermanfaat😊

- Amir Syahir