Labels

1 1/2 storey (1) 1.5 storey (3) 2.5 storey (3) 3 storey (3) 3.5 storey (1) Akta 242 (1) alam budiman (1) ampang (11) antaragapi (1) Aparment (1) Apartment (51) ara damansara (1) ARCTICLES (2) ARTICLE (1) ARTICLES (135) ARTILCES (2) balakong (1) bandar enstek (1) bandar tun razak (1) bangi (8) bangsar (1) banting (2) batang berjuntai (1) batu berendam (1) batu cave (1) batu gajah (1) Batu Kikir (1) bekok (1) beranang (1) bukit antarabangsa (2) bukit beruntung (1) bukit jalil (1) bukit kapar (1) Bukit raja (1) bukit saujana (1) bukit tinggi (1) Bungalow (14) Bunglow (1) Business (1) cameron highland (1) chalet (1) cheras (4) Condo (15) Condominium (2) corner (11) corner lot (3) cyberjaya (6) damansara (7) denai alam (1) dengkil (5) Double (3) double store (1) double storey (80) end lot (2) factory (4) gombak (3) Homestay (1) Hotel (1) House (1) hulu langat (3) hulu selangor (2) icity (1) jalan kebun (3) janda baik (1) jelebu (2) jelutong (1) jeram (1) jerantut (1) johan setia (1) johor (1) kajang (11) kapar (4) kedah (1) kelana jaya (1) kelantan (1) kemuning (1) kemuning utama (1) ken rimba (1) keramat (2) klang (27) klang utama (2) klang valey (1) klang valley (2) klia (1) kota damansara (4) kota warisan (2) kuala langat (1) Kuala Lumpur (7) kuala selangor (1) kuala terengganu (5) kubang pasu (1) Land (44) landed (14) langkawi (1) leasehold (1) melaka (2) mersing (1) meru (5) Modern (1) negeri sembilan (2) new (1) nilai (2) northport (1) olak lempit (1) palm oil (1) Pangsapuri (1) peninsular (1) petaling jaya (6) plantation (1) port dickson (1) puchong (11) puchong prima (1) puchong utama (1) pucong prima (1) pulau indah (1) Pump station (1) puncak alam (15) putra height (1) putrajaya (6) rawang (12) rembau (1) Resort (1) salak tinggi (1) saujana putra (1) saujana utama (2) sei kembangan (1) selayang (2) semenyih (4) semi d (17) sendayan (1) sepang (5) seremban (1) seri kembangan (3) service apartment (1) Service Residence (1) setia alam (3) setiawangsa (1) setiwangsa (1) shah alam (70) shophouse (1) shoplot (7) sijangkang (1) Single (1) single storey (21) soho (1) sri kembangan (4) sri petaling (1) studio (5) subang (3) subang bestari (1) subang jaya (4) sungai buloh (12) sungai buluh (1) taman sri andalas (1) telok mas (1) telok panglima garang (2) terengganu (1) terrace (1) Town villa (1) townhouse (4) Triplw storey (1) ukay perdana (5) ulu bernam (1) ulu langat (1) ulu yam (1) usj (4) wangsa maju (2) wangsamaju (2)

Duti Setem


Apa itu duti setem?


Duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949.


Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah.


Pembayaran cukai atau levi ini adalah wajib pada setiap transaksi hartanah melainkan adanya pengecualian tertentu dari pihak kerajaan.


Ini termasuklah transaksi penukaran nama dari aktiviti jualan atau hadiah, di mana walau apa jenis transaksi yang dilakukan pemilik asal pada pemilik baru, duti setem tetap akan dikenakan pada transaksi itu.


Di dalam kes pembelian mana-mana urus niaga, kontrak jualan dan belian anda sebagai pemilik baru akan dikenakan duti mengikut nilai harga yang berkaitan.



Sebagai contoh apabila anda membeli hartanah bernilai RM700,000, anda dikehendaki membayar duti setem mengikut carta dibawah;


RM100,000 yang pertama: 1% dari RM100,000 pertama atau RM1.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.


RM100,000 keatas tetapi tidak melebihi RM500,000: 2% dari 100,000 hingga ke RM500,000 atau RM2.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.


Melebihi RM500,000: 3% pada RM500,000 seterusnya atau RM3.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.


Jika di simulasikan pembayaran duti pada hartanah yang berharga RM700,000 adalah;


Harga Rumah

RM100,000 pertama – 1% x RM100,000 = RM1,000 duti Setem yang dibayar (baki harga rumah – RM600,000)


RM400,000 seterusnya – 2% x RM400,000 = RM8,000 duti setem yang dibayar (baki harga rumah – RM200,000)


RM200,000 seterusnya – 3% x RM200,000 = RM6,000 duti setem yang dibayar (Jumlah harga rumah RM700,00)


Ini bermakna jumlah bayaran duti setem pada rumah ini adalah RM15,000 sahaja


Selain dari pengiraan manual, anda juga boleh menggunakan kalkulator di link tersebut

http://1-million-dollar-blog.com/calculators/legal-fees-and-stamp-duty-calculator/


.. atau boleh juga melayari di laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga boleh diakses melalui
www.jpph.gov.my
.


Sebagai pengguna anda harus tahu apakah hak anda dan bagaimana duti setem ini dikira. Supaya anda tidak tertipu atau menjadi mangsa penipuan pada pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan diatas ketidak pastian anda.


Semoga info ini memberikan manfaat…

No comments:

Post a Comment