Labels

1 1/2 storey (1) 1.5 storey (3) 2.5 storey (3) 3 storey (3) 3.5 storey (1) Akta 242 (1) alam budiman (1) ampang (11) antaragapi (1) Aparment (1) Apartment (51) ara damansara (1) ARCTICLES (2) ARTICLE (1) ARTICLES (135) ARTILCES (2) balakong (1) bandar enstek (1) bandar tun razak (1) bangi (8) bangsar (1) banting (2) batang berjuntai (1) batu berendam (1) batu cave (1) batu gajah (1) Batu Kikir (1) bekok (1) beranang (1) bukit antarabangsa (2) bukit beruntung (1) bukit jalil (1) bukit kapar (1) Bukit raja (1) bukit saujana (1) bukit tinggi (1) Bungalow (14) Bunglow (1) Business (1) cameron highland (1) chalet (1) cheras (4) Condo (15) Condominium (2) corner (11) corner lot (3) cyberjaya (6) damansara (7) denai alam (1) dengkil (5) Double (3) double store (1) double storey (80) end lot (2) factory (4) gombak (3) Homestay (1) Hotel (1) House (1) hulu langat (3) hulu selangor (2) icity (1) jalan kebun (3) janda baik (1) jelebu (2) jelutong (1) jeram (1) jerantut (1) johan setia (1) johor (1) kajang (11) kapar (4) kedah (1) kelana jaya (1) kelantan (1) kemuning (1) kemuning utama (1) ken rimba (1) keramat (2) klang (27) klang utama (2) klang valey (1) klang valley (2) klia (1) kota damansara (4) kota warisan (2) kuala langat (1) Kuala Lumpur (7) kuala selangor (1) kuala terengganu (5) kubang pasu (1) Land (44) landed (14) langkawi (1) leasehold (1) melaka (2) mersing (1) meru (5) Modern (1) negeri sembilan (2) new (1) nilai (2) northport (1) olak lempit (1) palm oil (1) Pangsapuri (1) peninsular (1) petaling jaya (6) plantation (1) port dickson (1) puchong (11) puchong prima (1) puchong utama (1) pucong prima (1) pulau indah (1) Pump station (1) puncak alam (15) putra height (1) putrajaya (6) rawang (12) rembau (1) Resort (1) salak tinggi (1) saujana putra (1) saujana utama (2) sei kembangan (1) selayang (2) semenyih (4) semi d (17) sendayan (1) sepang (5) seremban (1) seri kembangan (3) service apartment (1) Service Residence (1) setia alam (3) setiawangsa (1) setiwangsa (1) shah alam (70) shophouse (1) shoplot (7) sijangkang (1) Single (1) single storey (21) soho (1) sri kembangan (4) sri petaling (1) studio (5) subang (3) subang bestari (1) subang jaya (4) sungai buloh (12) sungai buluh (1) taman sri andalas (1) telok mas (1) telok panglima garang (2) terengganu (1) terrace (1) Town villa (1) townhouse (4) Triplw storey (1) ukay perdana (5) ulu bernam (1) ulu langat (1) ulu yam (1) usj (4) wangsa maju (2) wangsamaju (2)

Tips buat Agen Hartanah

Sy share sedikit tips apa sy buat, walaupun sy percaya ramai lg ren kat luar sana yg lagi hebat Allah kurniakan kejayaan mereka:

1. Sentiasa tahu apa anda nak buat, letak target utk setiap bulan & rancang lah apa anda nk buat dgn duit anda dapat.

2. Selalu dapatkan restu family & pasangan anda. Mintak dorg doakan apa yang anda buat dipermudahkan & berjaya. 

3. Mesti tahu & feel apa yg anda nak jual. Tahu semua tentang apa yg kita jual. Baru senang nak explainkan dekat buyer. 

4. Rasa susah nk buat sale? Buat apa yg Allah suka. Antaranya, bg duit kat mak ayah & pasangan. Rajin kan bersedekah. Bahagiakan family anda juga. 

5. Cari 1 big why kenapa anda mesti kena buat. Antaranya, nk bawak mak ayah pg umrah ke, naik kan komitmen ke. So nak taknak mesti kena dptkan jugak duit tu. In shaa Allah malas tu akan hilang. 

6. Sentiasa positif & sentiasa berkawan dgn org positif & nk berjaya. Bila kita negatif, mesti susah nk buat sale. 

Sorry panjang sikit karangan kali ni. Sekian dari sy yg tak seberapa pun dalam bidang hartanah ni. Buat je! Selebihnya serahkan pada Allah. 

Afiq Faisal.

For Sale: Single Storey at Taman Idaman Hati, Shah Alam

Taman Idaman Hati (D'Impian Residence) di Lorong Haji Abu Bakar,Seksyen 30 Shah Alam.

*Masjid Al-Falah SUDAH siap dibina

BUMILOT
FREEHOLD

TANAH REZAB MELAYU

Spesifikasi rumah :
~> Luas tanah 20' x 69'
~> Luas binaan 1,080 kps
~> 4 bilik & 2 bilik air


HARGA RM400,000(nego)

✔ Housing loan
✔ Gov loan


Boleh digunakan & pengeluaran KWSP akaun 2 utk pembayaran deposit juga boleh dilakukan








Hak Tuan Rumah dan Penyewa

A bagi sewa rumah dia kat B,
B x mau bayar sewa,
A minta B kosongkan rumah,
B seorang yang “bijak undang-undang” tak mau keluar,
A gi kunci rumah sewa tersebut ..

Lepas dapat nasihat dari PPIM, yang menunjukkan Akta Relief Spesifik 1950, Seksyen 7.

B pun gi saman A sebab ceroboh rumah dia..

A pening .. 

Dah lah dia rugi banyak sebab A tak bayar sewa, 
Rugi juga rumah tu tak boleh sewakan dekat orang lain.. 
Tambah rugi sebab skang kena saman kat mahkamah plak ceroboh rumah sendiri… 

Jeng !!
.

kalau Tanya saya senang jer.. 
(maaf lah kalau berbeza ngan pandangan peguam lain)..
.

Specific relief ni jatuh bawah specific performance yang merupakan salah satu remedy bawah equity.

Dan antara maxim utama equity adalah :-

“Who comes to equity must come with clean hands”.

Lebih kurang terjemahannya.. 

"Kalau rasa nak minta undang-undang equity melindungi korang.. ko dulu kena pastikan ko sendiri tak buat apa-apa kesalahan…"

.

Jadi saya merasakan :-

1. S7 Akta tersebut diperuntukkan kepada kes-kes dimana Tuan Tanah dengan sengaja menamatkan kontrak sewaan terhadap Penyewa yang menyebabkan hak-hak penyewa telah dinafikan…

Bukan dalam kes saja-saja tak mau bayar sewa.

2. Contoh kes A seperti di atas.. nak guna Seksyen tersebut sebagai pelindung.. hehe.. Good luck bro!! 😂

3. Dan untuk kes berkaitan specific relief, burden of proof adalah terletak di bahu penyewa untuk membuktikan bahawa beliau berhak untuk mahkamah menghalang Tuan tanah mendapatkan hak Tuan tanah.. 

4. Ko rasa mahkamah nak bio je penyewa macam ni dok kat rumah tu selama-lamanya… habis, hak-hak Tuan tanah tu plak siapa nak bela? Hutang bank siapa nak bayar?

5. Dan bila Penyewa degil ni nak tuntut untuk “trespass” (Pencerobohan), dia kena bentangkan jumlah kerugian yang telah dialami disebabkan tuan rumah ceroboh rumah dia… 

jadi dalam kes cam ni, apa kerugian yang dia alami??

Dia rugi sebab kena cari rumah sewa lain?
Dia rugi sebab pintu rumah kena pecah? (erk tu pintu rumah dia ke? Haha) 

6. Dan benda paling basic sebelum penyewa degil yang bijak pandai ni nak bawa kes ni ke mahkamah … 

Klu dia ada duit nak bayar PPIM 10%..
Klu dia ada duit ribu riban lantik lawyer mahal-mahal.. 

bayar je lah tunggakan sewa tu… 
ataupun duit tu buat deposit rumah baru.. 
Dan keluarlah dengan terhormat, seperti mana hormatnya anda masuk rumah orang tu … 

Seperti anda, mereka juga ada anak bini dan ibu bapa untuk di jaga & di beri makan..

……..

Tuan tanah sebenarnya dah cukup sengsara dengan apa yang anda buat… tak yah lah tambah sengsara dia nak bawa benda ni lebih jauh.. 

Sebab last-last menyusahkan anda juga huhu

Fb khairul anuar mohamadiah

DOUBLE TRANSFER SUBSALE 2 TAHUN


⏺⏺⏺⏺⏺⏺⏺⏺⏺⏺⏺⏺⏺⏺⏺⏺

📍 Kalau korang beli hartanah strata subsale, geran dah diletakkan nama owner, maksudnya hartanah tersebut telah sempurna.

📍 Tapi kalau korang beli hartanah strata subsale dan nama owner belum diletakkan, besar kemungkinan korang terpaksa buat double transfer.

📍 Iaitu developer meletakkan nama owner di dalam geran dahulu, kemudian letakkan nama korang menggantikan nama owner lama.

📍 Proses double transfer akan memakan masa yang lama. Macam kes den hampir 2++ tahun selesai.

📍 Tapi ada kes juga, developer buat direct transfer iaitu terus memasukkan nama korang terus, proses ni cepat berbanding double transfer.

#peninglalat
#notadhom

For Sale: Double Sotrey at Section 8, Shah Alam

DOUBLE STOREY TERRACE HOUSE
SEKSYEN 8 SHAH ALAM


PRICE : RM470K

CHEAPEST IN TOWN
BELOW MARKET VALUE

(near Seksyen 7, Shah Alam)

Highlights: Peaceful area ; matured community for better lifestyle

===========================

ASKING PRICE : RM470k nett

===========================


Detail:
* facing field
* Land Area : (20X75)
* Build Up Area : 1,500 sqft
* 4bedrooms 3bathrooms
* Leasehold
* Bumi Lot
* Guarded area
* many ammenities

Nearby:
** Hospital Shah Alam - 5 minutes
** i-City Shah Alam - 8 minutes
** UiTM Shah Alam - 10 minutes
**Federal Highway access - 3 minutes only

ASKING PRICE : RM470k nett.. 






Ingin Mengelakkan Masalah Kewangan Pada Masa Hadapan? Ini Caranya


******************************************

"Encik, saya ada masalah hutang yang serius, boleh Encik bantu saya?"

"Awak, saya ada hutang peribadi RM50K, macam mana ek?"

"Aku kena AKPK. Kau tolong bantu aku."

"Boleh tolong saya? Saya nak bebas hutang kad kredit ni."

***

Bermacam-macam lagi lah mesej yang hinggap di ruangan mesej Facebook aku ni. 

Kadangkala aku pun terfikir. Dulu mereka tidak pernah diberi nasihat ataupun tidak mahu dengar nasihat? Ataupun terdesak?

Ada seorang perempuan mesej aku kata dia ada tiga kad kredit semata-mata nak beli baju online. Errkk. Kau ni pakai baju sekali, terus buang ke?

Ingat pesanan ini : "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI."

Cuba kau bayangkan kau ada hutang yang banyak, tapi pendapatan kau ciput. Macam mana nak bayar hutang tu kan.

Yang mesej aku kebanyakannya berumur dalam lingkungan 30 tahun ke atas. Fuhh..ngeri betul dengar masalah dorang. Kalau kau dengar masalah dorang tu, mesti kau nak beli air tin kat kedai pun rasa trauma. Risau nak berbelanja. 

Ramai yang bila dah mula terbeban dengan hutang lapuk yang serius, baru nak cari jalan keluar, jalan penyelesaian. Tak percaya? Tak apa. Aku tak rugi pun. 

Jadi, kalau kau nak elakkan daripada mengalami nasib yang sama, bolehlah ikut cara di bawah;

***

1. Merangka Bajet Bulanan 

Setiap kali dapat gaji, kau mesti sudah tahu apa yang perlu dibayar. Buat bajet. 

Contohnya:
-Belanja makan: RM500
-Transport: RM300
-Bil air & elektrik: RM100
-Bil utiliti: RM100
-Ansuran kereta: RM500
-Rumah: RM700

Jadi, dengan adanya bajet, kau tahu kemana wang kau mengalir. Ke tempat yang sepatutnya atau tidak. 
.

2. Monitor Bajet 

Dah ada bajet, kenalah monitor. Ye dak? Catat pengeluaran setiap bulan. Segala perbelanjaan kau kena tahu. Dari situ kau tahu ke mana wang kau pergi. Bukan setiap bulan terlalu harapkan gaji cepat sampai je. Tetiba gaji sesat macam mana? Kakakaka. 

Perbelanjaan kau mungkin berubah setiap bulan. Ia tak menjadi masalah jika kau sudah bersedia. Itu sebabnya tabung kecemasan amat penting. 
.

3. Analisa Bajet 

Kalau ekonomi negara, pandai pulak kau nak analisa. Cakap mata wang turun mendadak pada tahun 2018 la. Harga rumah turun la. Tapi, nak menganalisa kewangan sendiri pun malas. 

Dengan merangka dan monitor bajet, barulah kau dapat tahu aliran tunai kau positif ataupun tidak.

Perbelanjaan < Pendapatan = BAGUS 

Perbelanjaan = Pendapatan = TIDAK BAGUS 

Perbelanjaan > Pendapatan = BAHAYA

4. Menabung 

Mulakan menabung. Tak susah mana pun. Mulakan dengan idea simpan Si Hijau (RM5). Bila dah rasa seronok, simpan Si Oren (RM20). Lama-kelamaan dapat simpan 10% gaji. Maka, mulakan pelaburan bila sudah dapat menabung secara konsisten. Kalau kau susah nak menyimpan eloknya kau buat force saving guna ASBF. Simpanan + pelaburan. Nak orang guide boleh buat dengan aku. 
.

5. Hindari Hutang Yang Tidak Perlu 
 
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Kalau kau sedar gaji kau ciput, tak payah mengada nak ambil sofa harga 5 ribu, TV LCD harga empat ribu, nak bayar ansuran bagai. Itu bererti kau tak mampu beli secara tunai. Kumpul duit dan beli secara tunai lagi bagus. Tak payah berhutang. Berhenti jadi debt lovers. Jadi cat lovers tak pe.
.

6. Keperluan vs Kehendak 

Kau kena tahu beza dua benda ni. Aku pernah jumpa orang yang ada kereta tapi simpanan tak ada. Aku pernah jumpa orang bagi RM1K tiap bulan ke awek high maintenance tapi tak pernah bagi duit ke ibu bapa. Macam-macam kesilapan lalu mereka. Sebenarnya, mereka ni MISKIN / GAJI CIPUT TAPI NAK NAMPAK KAYA / MEWAH SEMATA-MATA NAK MENUNJUK KE KAWAN ATAUPUN DI LAMAN SOSIAL. Pesen Social Climber. 
.

7. Meminimumkan Perbelanjaan 

Reward yourself. Sekali-sekala belanja diri-sendiri tu bagus. Ia sebagai hadiah untuk menghilangkan penat bekerja. Ini tidak. Kau penat menabung, berlapar perut, ikat perut bagai, tiap malam makan megi tapi beli liabiliti, beli sport rim, beli mod vape beribu dan pergi bercuti kat Eropah sana. Errkk.... kau ni dulu pernah jatuh tangga ataupun kepala pernah terhantuk kat dinding? Macam ada sel-sel otak yang terputus je. Kakaka.

***

Lagi 9 tahun akan datang, aku dah nampak dah  calon-calon seperti di atas. Pesen buat pembiayaan peribadi untuk kahwin RM30K, gaji bawah RM2000 dah Beli Honda City. Harap sedar diri la ye. 

Sebarkan jika bermanfaat. Kau dah pandai kan. Biarkan kawan-kawan Facebook kau yang selalu duk baca page mengarut,  baca fakta anak ke berapa, fakta mengarut bagai tu baca hal ini sekali.

Pasal artis nak ambil tahu. Tapi, pasal kewangan langsung tak nak peduli. Maka, mereputlah kau mengenangkan saat-saat indah bersama duit gaji. Bercinta dengan gaji sekejap saja. Datangnya pagi, petang sudah tinggal kenangan. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir
#PengurusanKewanganASY

For Sale: Cahaya SpK Semi D Shah Alam

URGENT TO SELL!!

CAHAYA SPK LAKEVIEW SEMI D, Shah Alam Near Bukit Jelutong


DETAILS :
-Land Area : 50x88
-Built Up 3000sqft
-5 Rooms
-5 Bathrooms
-Leasehold
-Non Bumi Lot
-Fully Renovated & Well maintened

Asking Price is RM1.6 Million (NEGOTIABLE)




For Sale - Hijauan Height Condo, Kajang

For Sale - Hijauan Height Condo, Kajang


Tingkat 8 (type A6)

New unit (no tenant)

Luas: 1127 sq

 At sungai Tangkas, kajang

 3 bedroom 2 restroom



Freehold

Ask price 430k









For Sale: tanah sawah at Kubang Pasu, kedah

Tanah Sawah di Kampung Jambu Ayer, Kedah, 
Berhampiran Pekan Megat Dewa
Harga rm400,000
Luas - 1.9963 hektar
Status - freehold
Rezab melayu

Skrang diSewa rm3000 setiap musim

Tanah dijual kerana owner dah tua, senang nak bg harta anak2




For Sale: Tanah Di Kampung Lombong, Shah Alam

For Sale:

Tanah di Kampung Lombong Shah Alam

Luas 0.769 hektar

pajakan hingga ogos 2101

rezab melayu

status pertanian

harga 1.9M

berhampiran penempatan

latlong: 2.973399, 101.563797


Negotiable





Default Clause - Apa yang perlu anda tahu

Akibat melanggar DEFAULT CLAUSE. Bahaya jika anda tidak ambil tahu . Sila ambil tahu
================================

Daripada ramai orang yang membuat pinjaman & pembiayaan Hartanah , Saya rasa 20% sahaja yang memahami apakah Itu 'Default Clause'. Default clause ni saya suka umpamakan seperti hukuman gantung. Clause ini memang dengan jelas ada di dalam Letter Offer pinjaman & pembiayaan anda. Antara anda tidak diterangkan, atau anda sendiri buat tak endah mengenai clause Ini. Clause ini tidak akan terkesan kepada mereka-mereka yang membuat bayaran tepat pada waktunya. 

Kalau anda faham mengenai default clause ini, anda akan lebih berhati-hati dengan pembayaran pinjaman & pembiayaan anda. Default clause ini terdapat dalam perjanjian pinjaman konvensional , juga pembiayaan Islamic. Dalam konsep konvensional , interest dinaikkan . Dalam konsep Islamic , ibra' atau rebet dikurangkan atau tidak diberi sekiranya melanggar clause ini tetapi tidak boleh melebihi selling price. Jangan salah faham pula dengan menyatakan Islamic financing menaikkan interest melalui default clause , Itu salah. 

Contoh DEFAULT CLAUSE . "Sekiranya anda tidak membayar pinjaman 3 bulan berturut-turut , rate efektif pinjaman anda akan berubah kepada BLR + 2.5%". Sedangkan rate efektif anda sebelum ini BLR - 2.4% . Jika BLR bank tersebut 6.65% , sebelum ini anda enjoy rate efektif (6.65%-2.4%) = 4.25% . TETAPI!! Bila anda melanggar default rate ini, rate efektif anda terus bertukar kepada (6.65%+2.5%) = 9.15% . 

Katakan pinjaman asal anda RM300,000 , dengan rate efektif 4.25% , installment pinjaman anda untuk tempoh 35 tahun adalah RM1374. Tetapi bila melanggar default clause ini , rate efektif bertukar kepada 9.15%, installment anda bertukar kepada RM2386. Bayangkan dengan rate tersebut, interest bulanan sahaja tidak termasuk bayaran principal adalah RM2288. Jika anda hanya kekalkan membayar RM1374, maka principal pinjaman anda akan meningkat setiap bulan, ini mengakibatkan lapse pinjaman anda akan meningkat dan akhirnya rumah anda terlelong.

Rujuk rajah 1: Tiga tahun setengah yang  lepas pinjaman asal adalah RM173, 918.30.  Namun hari ini pinjaman ini jadi berbaki RM190,047.39 . Lihat rate efektif telah bertukar menjadi 9.15%. Inilah akibat melanggar Default clause. 

Gambar 2 dan gambar 3 adalah contoh perjanjian pinjaman & pembiayaan bahagian 'default clause' menggunakan BLR dan IBR. 

*Ada bank yang mensyaratkan anda membuat payment prompt selama 6 bulan untuk efektif rate anda kembali kepada rate asal . Ada juga bank yang mengenakan hukuman ini tanpa menurunkan semula efektif rate. Memang terus jatuh hukum gantung mandatori samaada anda buat refinancing ke bank lain bila CCRIS record anda telah pulih atau terpaksa jual rumah tersebut . 

*Ada sesetengah bank yang meletakkan 1 bulan lapse payment, sudah dikenakan hukuman atas 'Default Clause'. 

Jangan pandang ringan perkara ini, Pastikan bayaran pinjaman &  pembiayaan rumah anda dibayar tepat pada waktunya. Pastikan baca bahagian default clause ini.

Boleh share ramai-ramai supaya semua orang yang ada dan bakal buat pinjaman @ pembiayaan rumah alert dengan perkara penting ini. 

-KEY-

For Sale: Apartment Taman Bunga, section 27 Shah Alam

Flat Taman Bunga Negara
Sek 27 Shah Alam
Walk up

Tkt 4
Freehold

596 sf with balcony
Tenanted RM 450mth / market 550 - 600

Maintenance 44 mth
Menghadap taman dan surau


Best for investment

Owner takde hutang
Asking 120k


Senarai Rumah Bantuan Di Malaysia

Jom share link rumah2 bantuan.

- PPR
https://sprn.kpkt.gov.my/sprn-portal/info/dimiliki

- Rumah Idaman Rakyat (RIR) 
http://www.spnbidaman.com.my/

- Rumah Aspirasi Rakyat SPNB
http://www.spnbaspirasi.com.my/

- Perumahan Awam DBKL
http://eperumahan.dbkl.gov.my/index.php/penjualan-rumah

- Rumah Transit 1Malaysia
https://sprn.kpkt.gov.my/sprn-portal/info/rt1m

- Skim Rent-to-Own
https://www.pr1ma.my/rto.php?lang=bm

- Skim Pinjaman Perumahan KPKT
https://sprn.kpkt.gov.my/sprn-portal/info/spp

- Program Bantuan Rumah KKLW
http://www.rurallink.gov.my/rakyat/kesejahteraan-rakyat/program-bantuan-rumah-pbr/

- MyBeautiful New Home (NBOS)
https://www.bharian.com.my/node/231837

- Penempatan Semula Nelayan
http://lkim.gov.my/web/guest/institusi_nelayan

- Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
http://www.spnbmesra.com.my/

- Rumah Generasi Ke-2 FELDA
http://felda.net.my/index.php/24-korporat/105-perumahan-felda

- Rumah Bina Negara RISDA
http://www.rurallink.gov.my/rakyat/rumah-bina-negara/

- PR1MA
https://sales.pr1ma.my/my/

- RumaWIP
https://rumawip.kwp.gov.my/

- PPA1M
https://www.ppa1m.gov.my/

- MyHome
https://sprn.kpkt.gov.my/sprn-portal/info/myhome

- My Deposit
https://sprn.kpkt.gov.my/sprn-portal/info/mydeposit

- Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMRPLUS)
http://www.spnbmesra.com.my/

For Sale: Double Storey Corner at Glenmarie Shah Alam

2 sty Terrace Corner Lot
Glenpark Glenmarie
Shah Alam


Freehold
Non bumi lot
LA 47×75sf
BU 22×45sf
Extra 25ft land
4bdr 4 bth


Asking 1.3m


For Sale: Double Storey Semi D at Puncak Alam

Double Storey Linked
Semi D Cluster Corner unit
Saujana Utama Puncak Alam
For Sale 490k nego


Details
Land Area 2035 sqf
Build up 1320 sqf
3 bedroons + 1 utility
3 bathroom
Leasehold


Renovate
Extended Wet Kitchen
Extended Car Porch,Awning
Built in kitchen cabinet
Built in wardrobe in all room


Nearby
Mosque,school,petrol stn
Banks..KFC


Deposit 10%
3% upon booking
7% upon singning S&P








FAKTA PENTING YANG ANDA WAJIB TAHU TENTANG URUSAN HIBAH, WASIAT DAN WAKAF DI MALAYSIA


1.  Seseorang boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang beliau kehendaki semasa beliau masih hidup.

2. Hibah hanya boleh dilakukan untuk hartanah yang telah bebas daripada bebanan sepenuhnya, ie; tidak lagi digadai kepada bank.

3. Hibah bersyarat atau hibah amanah adalah tidak sah dari segi mazhab syafie dan ianya tidak boleh dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah.

4. Pemberi hibah hendaklah memfailkan pengesahan hibah di Mahkamah Syariah untuk mengesahkan hibah tersebut. 

5. Seseorang hanya boleh mewasiatkan tidak lebih 1/3 daripada hartanya kepada bukan waris. Selebihnya hendaklah dibahagi-bahagikan kepada waris mengikut pusaka selepas beliau meninggal dunia kelak.

6. Wasiat tidak boleh dibuat kepada waris yang sah dan berhak menerima harta pusaka. Melainkan selepas kematian beliau semua waris bersetuju untuk harta tersebut diberikan kepada mana-mana waris tertentu.

6. Wasiat boleh diubah dari masa ke semasa. Tetapi wasiat yang terakhir sebelum seseorang itu meninggal dunia adalah wasiat yang akan dikuatkuasakan.

7. Dari segi undang-undang, wakaf hanya boleh dibuat kepada Majlis Agama Islam Negeri, dimana mereka adalah pemegang amanah tunggal terhadap hartanah-hartanah wakaf di Malaysia.

8. Untuk merekodkan nama pemberi wakaf dan penerima wakaf dalam geran hartanah,  pemberi wakaf boleh memfailkan borang di bawah Section 416C Kanun Tanah Negera di pejabat tanah.

9. Dengan ada nya permohonan tersebut pendaftar hakmilik di pejabat tanah akan mengendorskan nama pemberi wakaf dan penerima sebagai pemegang hartanah wakaf dalam geran hartanah. Dan rekod tersebut akan kekal sampai bila-bila.

10. Hartanah yang telah di wakaf tidak boleh ditarik balik status wakaf nya.

Oleh;

SALKUKHAIRI ABD SUKOR 
Presiden 
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

For Sale: Double Storey at Bandar Putera, Klang

Rumah 2 tingkat Bandar Putera Klang

Info :
Selling price : RM380k net
Property type : Double storey
Bedroom : 4
Bathroom : 3
Size : 1170 sqft

Leasehold

Extend belakang
Kitchen cabinet
Built in wardrobe

Acces :
- 5min ke KESAS dan 10min LKSA Hiway
- 15min ke LDP, SKVE, NKVE, Elite & Fed Hiway
- Future project LRT 3

Amenities :
- Maybank, CIMB, RHB, Ambank dan Hong Leong
- Sekolah Rendah, Menengah. Agama dan SJKC
- Sentosa, Colombia Medical Centre & HTAR
- Mc Donal, KFC dan Pizza Hut
- Giant, Aeon, NSK, Econsave, GM & Jusco
- BP, Shell, Mobil dan Petronas
- Berhadapan play ground dan padang bola

- Parking luas hadapan rumah
- Dapur fully renovation with kitchen cabinet
- Rumah baru pasang 2 air-cond atas & bawah

- Hampir dengan masjid dan jalan masuk dengan post guard

- Kawasan kejiranan melayu dan aktif persatuan penduduk

- Kawasan yang segar dan nyaman kerana hampir dengan ladang Mardi

Harga: RM380k net





Cara beli rumah dan kumlul duit kahwin

Cara Kumpul Duit Kahwin RM57,234 Dan Beli Rumah RM200,000!!

Pasangan Muda yang baru Nak berumahtangga dan impikan sebuah Rumah untuk mereka berdua di masa Akan datang. Boleh Cuba cara ini.

Gaji bersih: RM1,500

 
1) lelaki dan perempuan apply ASB financing RM50k dengan bayaran bulanan RM275 dan tempoh pembiayaan maksimum 30 tahun.

2) Tahun pertama kekalkan bayaran Selama satu tahun. Apply tambahan sijil kedua ASB financing RM50k, maksimum pembiayaan 30 tahun pada Tahun kedua. Selepas Dividen diumumkan, guna kan Dividen ini untuk pembayaran satu tahun sijil pertama RM50k (rolling Dividen). Guna kan cara ini selama 6 tahun.

3) Pada waktu ini komitmen kamu hanya RM275 untuk sijil kedua ASB financing. Kamu hanya Mengekalkan pembayaran RM275 sebulan selama tempoh 5 tahun untuk sijil kedua.

Selepas 6 tahun untuk sijil pertama dan 5 tahun untuk sijil kedua ASB financing. Stop kedua-Dua loan ni.

Hasilnya:

Sijil pertama
—————
Baki principal: RM 4880
Dividen terakhir: RM 3,625
Jumlah: RM8505

Sijil kedua
————
Baki principal: RM 3958
Dividen terkumpul: RM16,154
Jumlah: RM20,112

Keseluruhan Kedua-Dua sijil berjumlah RM28,617 (seorang), RM57,234 (Dua orang)

Boleh guna kan duit ini untuk kahwin, Beli sebuah rumah berharga RM200,000 Serta lebihan simpanan cash untuk simpanan Selepas berkahwin

Jangan marah saya letak tempoh 6 tahun untuk beli rumah. Kita tengok hakikat hari ini, ramai orang yang bekerja lebih dari 6 tahun pon masih belum beli rumah.sekurang-kurangnya sebelum mampu beli rumah kita sediakan dahulu payungnya, bukan bocorkan lagi bumbungnya.

Moga ia bermanfaat untuk pasangan Muda yang bergaji Bawah RM2,000. Tiada yang mustahil. Selagi Kita punya niat yang baik dan berusaha, in shaa Allah kamu boleh laku kan.

Disclaimer: kiraan Dividen adalah mengikut kiraan 6.75 % tahun lepas.

For Sale: 2.5 storey Corner Lot at Section 7 Shah Alam

For Sale
2 and Half Storey at
Jalan Pualam Tiga Seksyen 7, Shah Alam
( CORNER LOT)

Asking Price : RM920,000

===================================================


Property details :
~ Type : 2.5 Sty Terrace
~ Leasehold
~ Non-Bumi lot
~ Built up: 1538 sqft
~ Land area: 3078 sqft
~ 5 Bedrooms
~ 4 Bathrooms
~ Low Density
~ Peacefull Area
~ Gated and Guarded


Facilities :
~ Children playground
~ Jogging track
~ Surau

Nearby :
~ AEON Bukit Raja, GIANT
~ Transportation
~ Hospital
~ School, UNISEL, UITM
~ Shops
~ Petrol Station
~ Highway Federal, NKVE, Shahpadu
~ Jakel , I-City

Future Developement & Selling Point :
- LRT Line 3 at UITM SHAH ALAM & I-CITY
- HILTON HOTEL
- NEW SHOPPING MALL AT I-CITY NEW TOWNSHIP

- Its a good for future investment and own stay
- Selling price is below Market Value
- This is non-bumi unit so it is open to both bumi and non-bumi buyer.









Skim Smart Sewa Selangor

KHAS UNTUK WARGA SELANGOR!!👨👩👧👦👨👩👦👦👨👩👧👧

🏡Skim Smart-Sewa @ SELANGOR

🕵️♀️  LOKASI: 
1️⃣️ Pangsapuri Tun Teja 1, Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam (Jumlah Unit Rumah: 5 unit, 5 unit telah diduduki)
2️⃣️ Pangsapuri @ Jln Keretapi Lama, Taman Sementa Bestari, Kapar (Jumlah Unit Rumah: 64 unit, 37 unit telah diduduki, 27 unit sedia untuk diduduki)
3️⃣️ Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam (Jumlah Unit Rumah: 31 unit, sedia untuk diduduki)
4️⃣️️ Pangsapuri Damai Utama, Taman Damai Utama, bandar Kinrara, Puchong (Jumlah Unit Rumah: 110 unit, Dibuka untuk pendaftaran)
5️⃣ ️Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang (Jumlah Unit Rumah: 50 unit, Dibuka untuk pendaftaran)
6️⃣️ ️Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang (Jumlah Unit Rumah: 50 unit, Dibuka untuk pendaftaran)
7️⃣️Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang (Jumlah Unit Rumah: 11 unit, Dibuka untuk pendaftaran)

❗Untuk syarat kelayakan permohonan, sila layari 
🌐www.phssb.com/skim-smart-sewa/; atau

🔽Download borang permohonan di www.phssb.com/borang/

👣atau walk-in ke pejabat kami:
📍Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd 
Tingkat 5, Podium Utara, 
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor.

🤳Hubungi:










Cara Kumpul Duit Kahwin dan Beli Rumah

Cara Kumpul Duit Kahwin RM57,234 Dan Beli Rumah RM200,000!!

Pasangan Muda yang baru Nak berumahtangga dan impikan sebuah Rumah untuk mereka berdua di masa Akan datang. Boleh Cuba cara ini.

Gaji bersih: RM1,500

 
1) lelaki dan perempuan apply ASB financing RM50k dengan bayaran bulanan RM275 dan tempoh pembiayaan maksimum 30 tahun.

2) Tahun pertama kekalkan bayaran Selama satu tahun. Apply tambahan sijil kedua ASB financing RM50k, maksimum pembiayaan 30 tahun pada Tahun kedua. Selepas Dividen diumumkan, guna kan Dividen ini untuk pembayaran satu tahun sijil pertama RM50k (rolling Dividen). Guna kan cara ini selama 6 tahun.

3) Pada waktu ini komitmen kamu hanya RM275 untuk sijil kedua ASB financing. Kamu hanya Mengekalkan pembayaran RM275 sebulan selama tempoh 5 tahun untuk sijil kedua.

Selepas 6 tahun untuk sijil pertama dan 5 tahun untuk sijil kedua ASB financing. Stop kedua-Dua loan ni.

Hasilnya:

Sijil pertama
—————
Baki principal: RM 4880
Dividen terakhir: RM 3,625
Jumlah: RM8505

Sijil kedua
————
Baki principal: RM 3958
Dividen terkumpul: RM16,154
Jumlah: RM20,112

Keseluruhan Kedua-Dua sijil berjumlah RM28,617 (seorang), RM57,234 (Dua orang)

Boleh guna kan duit ini untuk kahwin, Beli sebuah rumah berharga RM200,000 Serta lebihan simpanan cash untuk simpanan Selepas berkahwin

Jangan marah saya letak tempoh 6 tahun untuk beli rumah. Kita tengok hakikat hari ini, ramai orang yang bekerja lebih dari 6 tahun pon masih belum beli rumah.sekurang-kurangnya sebelum mampu beli rumah kita sediakan dahulu payungnya, bukan bocorkan lagi bumbungnya.

Moga ia bermanfaat untuk pasangan Muda yang bergaji Bawah RM2,000. Tiada yang mustahil. Selagi Kita punya niat yang baik dan berusaha, in shaa Allah kamu boleh laku kan.

Disclaimer: kiraan Dividen adalah mengikut kiraan 6.75 % tahun lepas.

For Sale: Double Storey At Taman Malindo Jalan Kebun

2 Storey Terrace Taman Malindo Jalan Kebun, Shah Alam -End Lot

Freehold - Malay Reserved
Land Area - 23x70
Built Up - 1760 sq ft
4 bedrooms
3 bathrooms

ASKING PRICE: RM470,000 (Negotiable)

3.18 % booking
6.82 % upon signing Sale and Purchase Agreement

Lawyer and loan can be arranged









For Sale: Double Storey Section 6 Shah Alam

2Storey Seksyen 6 Shah Alam For SALE !!!..

Wow!!! 2Storey di Seksyen 6 hanya 650K je..boleh nego lagi..

Details :
~ Leasehold
~ Bumi Lot
~ 4 Bedrooms
~ 3 Bathrooms
~ 22x80

+ 3 Airconds
+ Good neighbourhood for security

Amenities:
~ Masjid Shah Alam
~ Surau Seksyen 6
~ Sekolah Seksyen 6
~ Plaza Masalam
~ University Medina
~ Varieties of Bank
~ Commercial Area
~ Hotel Concorde
~ Pasar pagi seksyen 6

Access :
~ Federal Highway
~ LKSA Highway
~ KESAS Highway

Asking Price : RM 650K {Negotiable}

»»»»»»»»»»»««««««««««««

10% Deposit
= 3.18% Booking
= 6.82% Upon Sign SPA

Loan & Lawyer will be arrange
***************************************











For Sale: Double Storey Sunway Alam Suria, Shah Alam

FOR SALE - 2Sty Terrace Sunway Alam Suria, Puncak Perdana., U10 Shah Alam


===========================

ASKING PRICE : RM560K (NEGO)

===========================


DETAILS :

=========

*Leasehold

*Bumi Lot

*Built up : 1430 sqft

*Land : 22 x 65 sqft

*Bedrooms : 4

*Bathroom : 3

*Basic


OTHERS:

========

*Gated & Guarded

*Surau, Playground, Basketball court, Nursery 

*Recreation Hall


NEARBY AMENITIES :

=================

* 5 min to cahaya SPK, Sunway Kayangan

* 10 min to Bukit Jelutong, Glanmarie, Shah Alam

* 15 min to Giant Seksyen 13, Shah Alam

* 20 Min Subang Airport, Subang Jaya & Kelana Jaya


ACCESSIBILITY:

============

-New Klang Valley Expressway (NKVE)

-North South Expressway Central Link (ELITE)

-Guthrie Corridor Expressway

-Federal Highway

- Dash ( in progress) 


Asking for RM560k Nego












Skim Khas RTB (Tapak Rumah) Terengganu

https://tanahrtb.terengganu.gov.my

boleh start isi bermula 2 ogos 2017

1-Rakyat Negeri Terengganu
2-Berumur 21 tahun hingga 40 tahun
3-Berkahwin
4-Pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah
5-Berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
6-Pemohon/pasangan belum memiliki tanah
7-Pemohon/pasangan belum memiliki rumah mampu milik/rumah mesra rakyat/rumah kos rendah
8-Pemohon/pasangan hanya layak memohon satu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sahaja
9-Pemohon/pasangan belum menerima tanah pemberian kerajaan
10-Permohonan daripada e-kasih layak menerima premium nominal

For Sale: Sri Ayu Apartment, Bandar Putera Klang

APARTMENT FOR SALE
***********************

Sri Ayu Apartment

(Bandar Putera Klang)
* 3R + 2B
* Leasehold
* Non Bumi
* Ground Floor
* Tenanted

Asking Price RM140K