A bagi sewa rumah dia kat B,
B x mau bayar sewa,
A minta B kosongkan rumah,
B seorang yang “bijak undang-undang” tak mau keluar,
A gi kunci rumah sewa tersebut ..
Lepas dapat nasihat dari PPIM, yang menunjukkan Akta Relief Spesifik 1950, Seksyen 7.
B pun gi saman A sebab ceroboh rumah dia..
A pening ..
Dah lah dia rugi banyak sebab A tak bayar sewa,
Rugi juga rumah tu tak boleh sewakan dekat orang lain..
Tambah rugi sebab skang kena saman kat mahkamah plak ceroboh rumah sendiri…
Jeng !!
.
kalau Tanya saya senang jer..
(maaf lah kalau berbeza ngan pandangan peguam lain)..
.
Specific relief ni jatuh bawah specific performance yang merupakan salah satu remedy bawah equity.
Dan antara maxim utama equity adalah :-
“Who comes to equity must come with clean hands”.
Lebih kurang terjemahannya..
"Kalau rasa nak minta undang-undang equity melindungi korang.. ko dulu kena pastikan ko sendiri tak buat apa-apa kesalahan…"
.
Jadi saya merasakan :-
1. S7 Akta tersebut diperuntukkan kepada kes-kes dimana Tuan Tanah dengan sengaja menamatkan kontrak sewaan terhadap Penyewa yang menyebabkan hak-hak penyewa telah dinafikan…
Bukan dalam kes saja-saja tak mau bayar sewa.
2. Contoh kes A seperti di atas.. nak guna Seksyen tersebut sebagai pelindung.. hehe.. Good luck bro!! 😂
3. Dan untuk kes berkaitan specific relief, burden of proof adalah terletak di bahu penyewa untuk membuktikan bahawa beliau berhak untuk mahkamah menghalang Tuan tanah mendapatkan hak Tuan tanah..
4. Ko rasa mahkamah nak bio je penyewa macam ni dok kat rumah tu selama-lamanya… habis, hak-hak Tuan tanah tu plak siapa nak bela? Hutang bank siapa nak bayar?
5. Dan bila Penyewa degil ni nak tuntut untuk “trespass” (Pencerobohan), dia kena bentangkan jumlah kerugian yang telah dialami disebabkan tuan rumah ceroboh rumah dia…
jadi dalam kes cam ni, apa kerugian yang dia alami??
Dia rugi sebab kena cari rumah sewa lain?
Dia rugi sebab pintu rumah kena pecah? (erk tu pintu rumah dia ke? Haha)
6. Dan benda paling basic sebelum penyewa degil yang bijak pandai ni nak bawa kes ni ke mahkamah …
Klu dia ada duit nak bayar PPIM 10%..
Klu dia ada duit ribu riban lantik lawyer mahal-mahal..
bayar je lah tunggakan sewa tu…
ataupun duit tu buat deposit rumah baru..
Dan keluarlah dengan terhormat, seperti mana hormatnya anda masuk rumah orang tu …
Seperti anda, mereka juga ada anak bini dan ibu bapa untuk di jaga & di beri makan..
……..
Tuan tanah sebenarnya dah cukup sengsara dengan apa yang anda buat… tak yah lah tambah sengsara dia nak bawa benda ni lebih jauh..
Sebab last-last menyusahkan anda juga huhu
Fb khairul anuar mohamadiah
No comments:
Post a Comment