Kenapa perlu Surat Perjanjian sewa rumah kediaman / Tenancy Agreement
Tenancy Agreement atau Perjanjian Sewa Beli adalah bertujuan untuk melindungi kedua-dua belah pihak antara pihak penyewa dan juga pemilik. Ia bukan hanya untuk kepentingan pemilik semata-mata. Sebagai penyewa anda juga seharusnya tahu hak-hak anda sebagai penyewa. Setiap perincian harus dinyatakan didalam perjanjian supaya tidak timbul kekeliruan dimasa akan datang sebagai contoh penamatan kontrak sewaan dan pemulangan wang deposit dan sebagainya.
Adanya surat perjanjian/kontrak memudahkan kedua belah pihak dalam memahami hak dan kewajibannya.Dokumentasi surat perjanjian ialah untuk mengemukakan dan membuktikan apa yang telah dipersetujui. Setiap perjanjian yang dilakukan mesti dimatikan setem di pejabat LHDN.
Jadi, mengapa perlu setem hasil?
Keperluan penseteman wujud dibawah Akta Setem 1949. Dibawah Akta ini, penseteman dokumen dilakukan bagi tujuan:
“bagi membolehkan dokumen-dokumen berkenaan diterima sebagai keterangan di mahkamah, terutama semasa dikemukakan sebagai keterangan dalam tindakan sivil (terutama menuntut gantirugi) diantara pihak-pihak. Ini penting kerana menurut peruntukan seksyen 52 Akta Setem 1949, suratcara yang tidak disetemkan sewajarnya tidak boleh diterima sebagai keterangan (kecuali didalam kes-kes jenayah, atau apabila suratcara atau dokumen berkenaan disetemkan kemudiannya setelah membayar penalti).”
Ringkasnya, jika berlaku masalah pertikaian dan tuntutan ganti rugi surat perjanjian yang ada setem hasil akan digunapakai dalam undang-undang. Sebaliknya, surat perjanjian yang tiada hasil setem tidak diterima.
Copy from fb
No comments:
Post a Comment