Kalau ada adik, anak saudara, anak, sedara mara yang dok nak apply U.
Boleh la berkira-kira untuk ambil bidang Pengurusan Hartanah.
Hanya 4 Universiti IPTA sahaja yang tawarkan kursus ini.
1. UTHM (Ijazah Sarjana Muda)
2. UTM (Diploma dan Ijazah)
3. UiTM (Diploma dan Ijazah)
4. UM (Ijazah Sarjana Muda)
Dulu saya terus ke Ijazah sebab masuk matrik dulu.
Tapi dengar sekarang matrik pon dah dua tahun. Better ambil ja diploma. Abis diploma dah boleh kerja. Matrik tak laku nak kerja. (ada yang update matrik dah laku, tapi ni bukan point utama hehe)
Peluang pekerjaan?
Banyak!
Bidang utama :
1. Valuer (Dalam Valuer ni pon banyak cabang) Swasta dan Kerajaan.
2. Property Agent
3. Property Manager
Bidang berkaitan :
1. Bank (bank perlukan Valuer)
2. KFC, Mc Donald, dan banyak lagi. (Perlukan Property Manager)
3. Developer
4. Lecture
5. Majlis Perbandaran/Bandaraya (Perancang Bandar, Valuer, Property Manager)
6. Dan apa saja berkaitan hartanah
Masa batch saya di UTHM seiingat saya dari course saya kurang dari 80 orang satu batch. Sekarang saya dimaklumkan dah beratus.
Katakan setahun dari universiti akan ada graduan 300 orang, termasuk diploma. So anggaran akan ada graduan setahun 1800 orang termasuk ijazah dan diploma.
Dengan peluang pekerjaan yang banyak namun graduan tak banyak menjadikan peluang kerjaya itu mudah.
Daaaan! Ini adalah bidang Profesional setaraf Engineer, Lawyer, Doktor, Arkitek. Dikawal oleh Lembaga masing-masing. Perlukan lesen untuk mengamalkan.
Cuma bidang ni tak berapa femes lah. Mana taknya graduan pon tak ramai.
Apa lagi. Sebarkan pada yang berkaitan!
FB : Muslih Thani
belajar using which bahasa yaa?
ReplyDelete