Menjual dan Membeli Hartanah Call/Sms: 0123326175 Whatsapp: http://www.wasap.my/60123326175 Facebook: https://www.facebook.com/Agenharta
Labels
MAKLUMAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU TELAH DIBUKA
3 JENIS MANUSIA DALAM DUNIA HARTANAH
Skim Rumah Selangorku
Warga Selangor yang layak, boleh memohon untuk memiliki sebuah rumah sendiri bernilai tidak melebihi RM250,000 melalui Skim Rumah Selangorku.
SYARAT KELAYAKAN:
1.Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
2.Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
3.Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
4.Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
5.Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
6.Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
7.Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
8.Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
9.Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
Maklumat lanjut layari
http://ipr.selangor.gov.my/skim-rumah-selangorku/