Labels

1 1/2 storey (1) 1.5 storey (3) 2.5 storey (3) 3 storey (3) 3.5 storey (1) Akta 242 (1) alam budiman (1) ampang (11) antaragapi (1) Aparment (1) Apartment (51) ara damansara (1) ARCTICLES (2) ARTICLE (1) ARTICLES (135) ARTILCES (2) balakong (1) bandar enstek (1) bandar tun razak (1) bangi (8) bangsar (1) banting (2) batang berjuntai (1) batu berendam (1) batu cave (1) batu gajah (1) Batu Kikir (1) bekok (1) beranang (1) bukit antarabangsa (2) bukit beruntung (1) bukit jalil (1) bukit kapar (1) Bukit raja (1) bukit saujana (1) bukit tinggi (1) Bungalow (14) Bunglow (1) Business (1) cameron highland (1) chalet (1) cheras (4) Condo (15) Condominium (2) corner (11) corner lot (3) cyberjaya (6) damansara (7) denai alam (1) dengkil (5) Double (3) double store (1) double storey (80) end lot (2) factory (4) gombak (3) Homestay (1) Hotel (1) House (1) hulu langat (3) hulu selangor (2) icity (1) jalan kebun (3) janda baik (1) jelebu (2) jelutong (1) jeram (1) jerantut (1) johan setia (1) johor (1) kajang (11) kapar (4) kedah (1) kelana jaya (1) kelantan (1) kemuning (1) kemuning utama (1) ken rimba (1) keramat (2) klang (27) klang utama (2) klang valey (1) klang valley (2) klia (1) kota damansara (4) kota warisan (2) kuala langat (1) Kuala Lumpur (7) kuala selangor (1) kuala terengganu (5) kubang pasu (1) Land (44) landed (14) langkawi (1) leasehold (1) melaka (2) mersing (1) meru (5) Modern (1) negeri sembilan (2) new (1) nilai (2) northport (1) olak lempit (1) palm oil (1) Pangsapuri (1) peninsular (1) petaling jaya (6) plantation (1) port dickson (1) puchong (11) puchong prima (1) puchong utama (1) pucong prima (1) pulau indah (1) Pump station (1) puncak alam (15) putra height (1) putrajaya (6) rawang (12) rembau (1) Resort (1) salak tinggi (1) saujana putra (1) saujana utama (2) sei kembangan (1) selayang (2) semenyih (4) semi d (17) sendayan (1) sepang (5) seremban (1) seri kembangan (3) service apartment (1) Service Residence (1) setia alam (3) setiawangsa (1) setiwangsa (1) shah alam (70) shophouse (1) shoplot (7) sijangkang (1) Single (1) single storey (21) soho (1) sri kembangan (4) sri petaling (1) studio (5) subang (3) subang bestari (1) subang jaya (4) sungai buloh (12) sungai buluh (1) taman sri andalas (1) telok mas (1) telok panglima garang (2) terengganu (1) terrace (1) Town villa (1) townhouse (4) Triplw storey (1) ukay perdana (5) ulu bernam (1) ulu langat (1) ulu yam (1) usj (4) wangsa maju (2) wangsamaju (2)

3 JENIS MANUSIA DALAM DUNIA HARTANAH



Hampir tiada sesiapa menentang jika saya berkata: " _pelaburan Hartanah adalah pelaburan paling kukuh dan berkeuntungan tinggi_". Kerana itu, ia dianggap pelaburan *berprestij* dan *mewah* yang jarang-jarang orang mampu melakukannya. Kerana itu masyarakat awam dilihat terbahagi kepada tiga kelompok dalam menilai pelaburan Hartanah.

1) JAHIL
Golongan ini merupakan golongan yang paling jauh dan hampir mustahil mereka bertindak berani membeli sebuah rumah, meskipun untuk duduk sendiri. Jangankan nak berkawan atau menimba ilmu, hidup mereka penuh prajudis terhadap pemaju dan agen Hartanah.

Mereka dikenali sebagai kelompok yang tidak langsung mempunyai strategi dalam memiliki asset. Hidup mereka sering kali dibelenggu 'hutang-hutang jahat' yang menjadikan mereka hamba Kewangan. Kereta, handphone baru yang mereka miliki bukan cerminan kekayaan mereka tetapi KEGAGALAN menguruskan kewangan.

Jika mereka ketua keluarga, maka *malang* lah nasib anak dan isteri kerana hari-hari mendatang mereka tidak selamat oleh 'hutang-hutang jahat' ini. Jika sesuatu menimpa ketua keluarga, entah di mana tempat mereka berlindung. Di rumah PUSAKA? Huhu selamat 'berperang' sesama saudara bila tiba masa nak bahagi harta pusaka nanti..

2) BIJAK
Golongan ini kini kian ramai. Dengan pendedahan terhadap ilmu-ilmu Kewangan dan Hartanah di media sosial, mereka semakin faham akan *keperluan rumah* dan asset berbentuk harta tanah. Keinginan mereka juga semakin menebal untuk membeli rumah sebelum slip gaji mereka dicemari 'hutang-hutang jahat'.

Tapi malangnya, mereka tidak mempunyai strategi dalam pelaburan Hartanah. Selalunya kita akan mendapati mereka hanya mampu berfikir "BELI RUMAH HANYA SEKALI, JADI MESTI CARI YANG BENAR-BENAR MENEPATI CITARASA". Tidak boleh salahkan mereka kerana memang ilmu Hartanah merupakan suatu ilmu yang bersimpang-siur dan sukar difahami. Hanya mereka yang berjiwa kental dan berpemikiran jauh akan meyakini tindak tanduk mereka tatkala membuat keputusan membeli hartanah di luar bandar.

Golongan ini dinasihatkan agar follow FB sifu-sifu Hartanah terkenal seperti Harith Faisal dan Faizul Ridzuan. Jangan segan berkawan dengan agen Hartanah dan bankers kerana dari situ mereka akan mempelajari banyak perkara dalam bidang pelaburan berprestij ini.

3) PINTAR
Kelompok ini merupakan kelompok yang mempunyai pandangan jauh. Mereka sentiasa menjaga kebersihan slip gaji mereka dari dicemari hutang-hutang jahat.

Cita-cita mereka tinggi untuk mencapai kebebasan kewangan di usia muda. Setiap strategi yang dilakukan adalah buah-buah fikiran yang dipelajari dari sifu-sifu Hartanah berjaya. Paling penting, mereka tidak takut mencari, berbincang dengan agen-agen Hartanah mengenai projek-projek berpotensi masa akan datang.

Selalunya, golongan ini akan *lebih mengutamakan pelaburan Hartanah* dari melancong, berbelanja di mall mewah atau beli kereta import. Jangan risau kerana itu hanya sementara, sampai masanya.. mereka lah orang yang sentiasa berjalan ke sana sini melancong, tidak takut shopping di pasaraya mewah dan mampu memiliki kereta import tanpa ada hutang jahat membelenggu mereka.

So persoalannya.. anda duduk di mana?

AMER HUDHAIFAH HAMZAH
Property Sales Consultant

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan apa-apa jenis pinjaman jika ya kontrak saya Encik Anthony yang membantu saya dengan pinjaman hanya beberapa minggu lalu, saya hanya perlu berkongsi ini di seluruh dunia untuk memberitahu orang ramai bahawa masih ada orang yang baik dipanaskan di dunia hari ini. Saya benar-benar kehilangan wang untuk penipu dalam talian semua kerana saya terdesak untuk pinjaman. Sehingga saya melihat komen tentang dia, menghubungi beliau bukan kesilapan tetapi impian datang untuk saya. Sekarang saya seorang lelaki bahagia dengan keluarga saya. Hubungi dia jika anda memerlukan sebarang pinjaman di: susan.credit@hotmail.com

    ReplyDelete