Labels

1 1/2 storey (1) 1.5 storey (3) 2.5 storey (3) 3 storey (3) 3.5 storey (1) Akta 242 (1) alam budiman (1) ampang (11) antaragapi (1) Aparment (1) Apartment (51) ara damansara (1) ARCTICLES (2) ARTICLE (1) ARTICLES (135) ARTILCES (2) balakong (1) bandar enstek (1) bandar tun razak (1) bangi (8) bangsar (1) banting (2) batang berjuntai (1) batu berendam (1) batu cave (1) batu gajah (1) Batu Kikir (1) bekok (1) beranang (1) bukit antarabangsa (2) bukit beruntung (1) bukit jalil (1) bukit kapar (1) Bukit raja (1) bukit saujana (1) bukit tinggi (1) Bungalow (14) Bunglow (1) Business (1) cameron highland (1) chalet (1) cheras (4) Condo (15) Condominium (2) corner (11) corner lot (3) cyberjaya (6) damansara (7) denai alam (1) dengkil (5) Double (3) double store (1) double storey (80) end lot (2) factory (4) gombak (3) Homestay (1) Hotel (1) House (1) hulu langat (3) hulu selangor (2) icity (1) jalan kebun (3) janda baik (1) jelebu (2) jelutong (1) jeram (1) jerantut (1) johan setia (1) johor (1) kajang (11) kapar (4) kedah (1) kelana jaya (1) kelantan (1) kemuning (1) kemuning utama (1) ken rimba (1) keramat (2) klang (27) klang utama (2) klang valey (1) klang valley (2) klia (1) kota damansara (4) kota warisan (2) kuala langat (1) Kuala Lumpur (7) kuala selangor (1) kuala terengganu (5) kubang pasu (1) Land (44) landed (14) langkawi (1) leasehold (1) melaka (2) mersing (1) meru (5) Modern (1) negeri sembilan (2) new (1) nilai (2) northport (1) olak lempit (1) palm oil (1) Pangsapuri (1) peninsular (1) petaling jaya (6) plantation (1) port dickson (1) puchong (11) puchong prima (1) puchong utama (1) pucong prima (1) pulau indah (1) Pump station (1) puncak alam (15) putra height (1) putrajaya (6) rawang (12) rembau (1) Resort (1) salak tinggi (1) saujana putra (1) saujana utama (2) sei kembangan (1) selayang (2) semenyih (4) semi d (17) sendayan (1) sepang (5) seremban (1) seri kembangan (3) service apartment (1) Service Residence (1) setia alam (3) setiawangsa (1) setiwangsa (1) shah alam (70) shophouse (1) shoplot (7) sijangkang (1) Single (1) single storey (21) soho (1) sri kembangan (4) sri petaling (1) studio (5) subang (3) subang bestari (1) subang jaya (4) sungai buloh (12) sungai buluh (1) taman sri andalas (1) telok mas (1) telok panglima garang (2) terengganu (1) terrace (1) Town villa (1) townhouse (4) Triplw storey (1) ukay perdana (5) ulu bernam (1) ulu langat (1) ulu yam (1) usj (4) wangsa maju (2) wangsamaju (2)

Tips Beli Rumah dan elak Duit Booking Hangus

Tips Membeli Rumah Melalui Ejen Hartanah & Cara Mengelakkan Booking Rumah Daripada Hangus
**********************************************
 

Urusan jual beli rumah subsale akan lebih mudah jika kau menggunakan khidmat ejen hartanah. Tetapi tidak bermakna kita perlu menyerahkan 100% urusan kepada ejen hartanah. Kau mesti nak juga tengok keadaan rumah yang hendak dibeli. 

Okay, jadi kau boleh melawat dan memeriksa hartanah yang hendak dibeli bersama-sama dengan ejen hartanah. Setelah memeriksa rumah dan kau masih berminat dengan rumah tersebut, ejen akan meminta kau untuk membayar 3% @ 3.18% deposit daripada harga rumah sebagai “earnest deposit”/wang tanda jadi.

Ada juga yang perlu membayar "lock fee" terlebih dahulu sebagai tanda setuju untuk membeli rumah tersebut. Jumlahnya bergantung kepada agensi ejen tersebut. Kemudian, baru selesaikan lagi baki 6.82% @ 7% deposit semasa menandatangani SPA.

Apa yang kau perlu tahu apabila berurusan dengan ejen hartanah dan booking ini ialah;
.

1. Pastikan berurusan dengan ejen hartanah yang berdaftar. Booking hendaklah dibayar ke akaun bank agensi  ejen tersebut. Bukannya transfer duit booking ke akaun persendirian ejen atau membayar tunai ke ejen. Kalau ejen tersebut kita sudah kenal tak jadi masalah. Kita boleh mengambil tindakan terhadap agensi sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diduga. 

Macam mana nak kenal dengan REN yang berdaftar?

i. Biasanya ejen hartanah mempunyai kad kuasa tag berwarna merah. Dalam kad tersebut mengandungi nama, No. K/P dan nombor ID REN tersebut. 

ii. Semak di : http://lppeh.gov.my/. Klik "Search".

Kau boleh dapatkan nombor telefon beliau dan nombor telefon pejabat. Dapat business kad lagi cun. Ada juga kes REN dah berhenti kerja lepastu menyamar jadi REN. Kau boleh sahkan sama ada REN tersebut masih bekerja di agensi dulu atau tidak. 
.

2. Booking boleh dibuat menggunakan cek, bank draf, melalui mesin deposit, secara online ataupun melalui mesin ATM. Simpan segala bukti pembayaran. 
.

3. Sebelum membayar booking, pastikan ada perjanjian antara kau dengan penjual. Ia dikenali sebagai Letter Of Offer To Purchase (OTP). OTP ni borang persetujuan hitam putih antara penjual dengan pembeli di atas harga jualan hartanah tersebut.
.

4. Pastikan di OTP tersebut ada maklumat:
i. Jenis hartanah.
ii. Alamat penuh hartanah.
iii. Jumlah nilai booking yang perlu dibayar.
iv. Harga beli yang telah dipersetujui.
v. Tarikh.
vi. Tandatangan penjual dan pembeli berserta saksi (ejen hartanah).
.

5. Antara syarat lain yang terdapat dalam OTP ialah tempoh di antara tarikh booking dan tarikh menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA), biasanya antara 14-21 hari bekerja.
.

6. Kau haruslah mendapatkan kepastian dengan ejen hartanah sekiranya pembiayaan perumahan kau tidak diluluskan. Kau perlu tahu apa akan jadi dengan duit booking tersebut. Sama ada dipulangkan ataupun hangus begitu sahaja.

Biasanya jika pembiayaan perumahan kau oleh pihak bank tak lepas, deposit akan dipulangkan balik. Jadi, kau kena tanya ejen betul-betul. 
.

7. Pastikan kau mendapat salinan OTP ini untuk simpanan.
.

8. Setelah peguam menyiapkan SPA, penjual dan pembeli akan menandatangani SPA ini. Sebagai pembeli kau perlu membayar baki 6.82%-7% sebagai baki wang deposit 10% kepada penjual. 

Baki 90% harga jualan rumah pula perlu dibayar dalam masa tiga bulan daripada tarikh SPA ataupun mengikut tarikh yang dipersetujui. 
.
 
9. Proses siapkan SPA akan dilakukan oleh peguam. Namun kau perlu sentiasa "follow up" dengan peguam tersebut. 
.

10. Peguam akan memastikan bahawa rumah yang dibeli tidak mempunyai tunggakan bil cukai pintu, cukai tanah, air, elektrik, penyelenggaraan dan sebagainya.

Setelah selesai kesemuanya, peguam akan menyerahkan baki harga jualan 90% kepada penjual dan dalam masa yang sama, penjual perlu menyerahkan kunci kepada peguam. Setelah itu, kunci pula akan diserahkan kepada pembeli.

***

Itu sebabnya kau kena semak dulu CCRIS dan DSR kau sebelum beli hartanah. Semak kelayakan pembiayaan yang bank boleh bagi mengikut pendapatan kau. Takdelah lepas dah bayar booking, bank tolak pembiayaan perumahan kau. 

Fuh, pening tak? Pening pasal banyak sangat sedut asap vape la tu. Kah!

Share jika manfaat.😄

-Ruangan Iklan-

Klik sini untuk tips membeli rumah dengan modal yang minima dan jimat berpuluh ribu ringgit!!

https://gilahartanah.onpay.my/order/form/ebookgh01/amirsyahir 

[ASY]

1 comment:

  1. Need a Debt Loan To Pay Off Bills?
    Take control of your debt today
    Available Now Business Expansion Loan Offer?
    Do you need a loan to pay off Bills?
    Do you need a loan?
    Do you need Personal Loan?
    Business Expansion Loan?
    Business Start-up, Education,
    Debt Consolidation Loan
    Hard Money Loans
    Loan for any thing ?
    We offer loan at low interest rate of 3%
    Loan with no credit check,
    Email us: financialserviceoffer876@gmail.com
    Call or add us on what's app +918929509036

    ReplyDelete