Kami nak Freehold , Leasehold kami tak mahu. Low class sangat ke status leasehold ni?
===============================
Dah tersemat rapi di minda kita bahawa lebih baik mencari Hartanah berstatus freehold berbanding leasehold. Di sini saya bagi pandangan peribadi kenapa saya tak kisah pon dengan leasehold dan ada kalanya sesetengah tempat saya lebih sukakan leasehold.
1. orang risau dgn tempoh pajakan yang bertempoh. Biasanya sekarang tempoh pajakan 99 tahun. Saya bagi contoh Arwah nenek saya jika beliau masih hidup umur beliau sekarang 86 tahun. Jika nenek saya ada sebidang tanah 1 ekar berstatus leasehold di sebelah KLCC beli waktu umur beliau 30 tahun pada tahun 1960 , sekarang Baki pajakan masih ada lagi 43 tahun.tanah ini untuk warisan pusaka anak cucu beliau kononnya. Nenek saya mempunyai 4 anak, 33 cucu, 70 cicit, 17 Piut. Bayangkan tanah itu akan digustikan oleh 124 orang, tu belum menantu-menantu ikut campur lagi. Rasanya nak masuk ke baris kedua kat cucu pon dah start akan datang masalah. Bagi saya, biarlah saya fikirkan harta untuk ditinggalkan kepada anak-anak saya sahaja. Cucu-cucu biarlah anak-anak saya nanti yang fikirkan. Saya takkan cakap pada anak saya jangan jual harta ni, buat jadi pusaka cucu cicit. Papa dengan mummy dah takde nanti pandai-pandailah nak berkongsi ke, nak jual ke. Ikut kau orang la. Tapi sebolehnya Juallah kepada kalangan ahli keluarga. Itu lebih baik daripada bergaduh Adik beradik, kalau terlajak ke cucu, dah semua pulak bertumbuk. Perangai orang ni berbeza-beza dan luar jangka. Kerana harta silaturrahim boleh jadi porak peranda. Ops , panjang pulak terbebel.
2. lambat nak tunggu consent dari pejabat tanah sampai 6 bulan dalam urusan Jual beli. Bro, kalau kat selangor ni max 2 minggu dah settle untuk consent. Kadang-kadang 3 hari dah dapat.
3. Tanah-tanah leasehold ini adalah tanah-tanah baru yang dibuka, so , perancangan pembangunannya lebih terancang dan teratur.
4. pembangunan oleh kerajaan akan tertumpu terlebih dahulu di kawasan-kawasan berstatus leasehold . Lihat sendiri Uitm Shah Alam, Uitm Puncak Alam terletak di mana? bangunan-bangunan besar kerajaan juga banyak terletak di kawasan berstatus leasehold. Cuba lihat Putrajaya, banyak tak leasehold? Tanah leasehold lebih efficient bagi mengawal transaksi jual beli.
5. Kita beli rumah leasehold dari developer atas kuota Bumiputera, tak boleh Jual kepada non bumi sebab ada sekatan bumi lot. Hmm. Iot Bumiputera tu kuota masa nak beli jer. Cuba tengok title anda bahagian sekatan, ada tak tulis 'lot Bumiputera sahaja, tidak boleh dipindahmilik kepada bukan Bumiputera'. Takde kan. So, boleh jer nak Jual kalau kita nak. Tapi yang peliknya kenapa mesti persoalan nak Jual kepada non bumi yang jadi sandaran. Beb, orang melayu pon ramai yang mampu cuma kena cari. Biasanya yang ada sekatan seperti itu adalah yang melibatkan rumah kos rendah atau seumpama dengannya.
6. jika tempoh cagaran tamat, boleh jer mohon renew premium. Tak payah la nak pening-pening fikir sebab tu cerita lagi 90 tahun.
7. kalau anda perasan sekarang ini pembangunan tanah-tanah yang berstatus freehold hanya terletak di pinggiran-pinggiran bandar serta lebih mahal harga jualannya. Yang pembangunan baru berstatus leasehold masih banyak dipersekitaran bandar. Tanah freehold bandar dah habis semua lenyap dibangunkan. Kalau masih ada memang tersangatlah mahalnya.
8. Freehold & leasehold sekarang hanya lah tinggal status. Umpama pakai Ferrari Italia dan Porsche Macan. Walaupon lagi laju dan besar horsepower ferrari, bila jumpa traffic light sama-sama berhenti juga. Maksudnya, laju mana pon sesuatu, pasti ia akan berhenti. Kalau jem, sama-sama melekat. Hmm , macam tak kena jer perumpamaan ni. 😁
9. bagi saya leasehold dan freehold masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Saya tidak kisah sangat pon dengan status tersebut. Yang penting hartanah tu mampu dimiliki.
-KEY-
No comments:
Post a Comment