Sebelum melabur, hutang juga merupakan salah satu aspek yang perlu diuruskan. Kalau melabur sahaja tapi hutang keliling pinggang tak guna juga.
Tidak dinafikan ramai antara kita yang dibelenggu hutang, keluar sahaja U sudah menanggung hutang.
Kemudian setelah mendapat pekerjaan, kita tambah hutang baru lagi seperti kad kredit (swipe beli iphone) dan pinjaman peribadi (majlis kawin).
Maklumlah, ilmu kewangan pun belum ada lagi, tambahan lagi nak reward diri katanya setelah penat bekerja. Haha
Dah beberapa tahun barulah terasa sesaknya berhutang. Terdapat beberapa teknik yang ada untuk menyelesaikan hutang yang banyak antaranya adalah teknik SNOWBALL.
Teknik SNOWBALL memberikan kesan psikologi kita berjaya menyelesaikan sesuatu hutang bermula dengan hutang baki terendah dahulu.
TEKNIK SNOWBALL :
1. Senaraikan hutang
2. Kenalpasti positif cashflow
3. Pecahkan lebihan wang kepada dua bahagian
4. Selesaikan hutang baki terendah dahulu
Sila rujuk gambar bagi contoh teknik Snowball. HUTANG BERTEMPOH 10 TAHUN MAMPU DIPENDEKKAN MENJADI 3 TAHUN 7 BULAN SAHAJA.
Menjadi impian setiap orang untuk bebas hutang, dengan lebihan tunai yg banyak, lebih cepat pengumpulan aset mampu dilakukan.
Share jika bermanfaat.
#TSI #TheSophisticatedInvestor
No comments:
Post a Comment