Labels

1 1/2 storey (1) 1.5 storey (3) 2.5 storey (3) 3 storey (3) 3.5 storey (1) Akta 242 (1) alam budiman (1) ampang (11) antaragapi (1) Aparment (1) Apartment (51) ara damansara (1) ARCTICLES (2) ARTICLE (1) ARTICLES (135) ARTILCES (2) balakong (1) bandar enstek (1) bandar tun razak (1) bangi (8) bangsar (1) banting (2) batang berjuntai (1) batu berendam (1) batu cave (1) batu gajah (1) Batu Kikir (1) bekok (1) beranang (1) bukit antarabangsa (2) bukit beruntung (1) bukit jalil (1) bukit kapar (1) Bukit raja (1) bukit saujana (1) bukit tinggi (1) Bungalow (14) Bunglow (1) Business (1) cameron highland (1) chalet (1) cheras (4) Condo (15) Condominium (2) corner (11) corner lot (3) cyberjaya (6) damansara (7) denai alam (1) dengkil (5) Double (3) double store (1) double storey (80) end lot (2) factory (4) gombak (3) Homestay (1) Hotel (1) House (1) hulu langat (3) hulu selangor (2) icity (1) jalan kebun (3) janda baik (1) jelebu (2) jelutong (1) jeram (1) jerantut (1) johan setia (1) johor (1) kajang (11) kapar (4) kedah (1) kelana jaya (1) kelantan (1) kemuning (1) kemuning utama (1) ken rimba (1) keramat (2) klang (27) klang utama (2) klang valey (1) klang valley (2) klia (1) kota damansara (4) kota warisan (2) kuala langat (1) Kuala Lumpur (7) kuala selangor (1) kuala terengganu (5) kubang pasu (1) Land (44) landed (14) langkawi (1) leasehold (1) melaka (2) mersing (1) meru (5) Modern (1) negeri sembilan (2) new (1) nilai (2) northport (1) olak lempit (1) palm oil (1) Pangsapuri (1) peninsular (1) petaling jaya (6) plantation (1) port dickson (1) puchong (11) puchong prima (1) puchong utama (1) pucong prima (1) pulau indah (1) Pump station (1) puncak alam (15) putra height (1) putrajaya (6) rawang (12) rembau (1) Resort (1) salak tinggi (1) saujana putra (1) saujana utama (2) sei kembangan (1) selayang (2) semenyih (4) semi d (17) sendayan (1) sepang (5) seremban (1) seri kembangan (3) service apartment (1) Service Residence (1) setia alam (3) setiawangsa (1) setiwangsa (1) shah alam (70) shophouse (1) shoplot (7) sijangkang (1) Single (1) single storey (21) soho (1) sri kembangan (4) sri petaling (1) studio (5) subang (3) subang bestari (1) subang jaya (4) sungai buloh (12) sungai buluh (1) taman sri andalas (1) telok mas (1) telok panglima garang (2) terengganu (1) terrace (1) Town villa (1) townhouse (4) Triplw storey (1) ukay perdana (5) ulu bernam (1) ulu langat (1) ulu yam (1) usj (4) wangsa maju (2) wangsamaju (2)

ASB Financing

Kesan Jika Bayar ASB Financing Secara Sekaligus
****************************************************

Dah dekat-dekat nak hujung tahun ni, mesti korang dah mula meneka dividen ASB tahun ni kan? Jadi, apa perancangan korang bila dah dapat dividen ASB nanti? 

Ramai di antara korang yang menggunakan dividen ASB untuk bayar ansuran pembiayaan ASB di tahun berikutnya. Jika ada lebih dividen barulah digunakan. Kalau begitu baguslah. 

Jika korang berkemampuan, boleh tambah ASB Financing bagi penuh RM200K. 

Ada yang buat ASB Financing RM200K. Lepas dapat dividen terus keluarkan dividen bayar lumpsum kepada pihak bank. 

Katanya risau terpakai wang tersebut. Risau terguna buat travel ke Maldives ataupun terbeli IPhone 7 untuk makwe. 

Sebenarnya bayar lumpsum atau sekaligus sedikit merugikan. Ya rugi sikit je. Ingat balik formula perkiraan dividen ASB:

Baki Terendah Bulanan Januari Hingga Disember / 12 bulan X Dividen ASB (%) 

Untuk mendapatkan pendapatan penuh pada bulan tersebut, korang kena tambahkan / kekalkan pada 01 haribulan tiap bulan.

Kena kekal smpai hujung bulan ye. Kalau pada 1HB ada RM2000. Tapi pada 25HB korang telah keluarkan RM500 jadi RM1500. Jadi baki terendah bulanan korang pada bulan tu hanyalah RM1500.

Jadi, kalau korang bayar terus ke bank baki terendah dalam ASB korang hanya tinggal nilai sijil ASB yang dibuat je.

Tapi kalau korang boleh tahan ataupun hold sebulan memang ada bezanya. Korang boleh tengok contoh pada gambar. 

***
Tiga contoh cara pembayaran balik ansuran menggunakan dividen tahun sebelum. Tiap cara akan memberi kesan yang berlainan. Sebab apa? Sebab baki terendah minima setiap bulan tadi lah yang gua jelaskan.

Contoh jika pulangan dividen 7.25%. ASB Financing RM200K dengan ansuran bulanan RM1200.

GAMBAR 1: Hasil jika korang keluarkan terus duit dividen bayar sekali gus.

GAMBAR 2: Hasil jika korang keluarkan duit dividen 3 bulan sekali

GAMBAR 3: Hasil jika korang keluarkan duit dividen sebulan sekali. 

***

Memang susah nak pergi pejabat ASBN, bank atau pejabat pos setiap bulan untuk masukkan ke dalam bank korang kan. Boleh buat 2-3 bulan sekali pengeluaran. Ini cetusan idea untuk korang je. Tak dapat buat takpe.

Kesimpulannya, jika korang hold dulu dan biarkan duit dividen selama yang boleh ia akan mendatangkan keuntungan kepada korang. Simple. 

Jika, dividen RM14,500 pun korang risau nak kawal. Macam mana korang nak kawal duit enam angka nanti. Jadi belajarlah mengawal emosi ye. Persediaan mentaliti korang untuk jadi kaya kena ada. 

Jelas? Bukan apa, gua tak dapat belanja korang semua. Gua belanja ilmu pelaburan sedikit sebanyak je lah. Dapat duit tambahan RM398.75 seperti Gambar 2 tu boleh la korang buat beli apa-apa, duit minyak ke, bayar GST ke. Nampak sikit kan. Kalau 3-4 tahun korang ikut cara ni dapat berapa dah? Tu tak campur bonus lagi. Kah!

Bahan bacaan lain: 
Dapat dividen tambahan jika park dekat Tabung Haji. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1737671909780988&id=100006145873646

***

[ASY]

#NotaPelaburanASY

For Sale: Condominium Renjana Ampang

Renjana Ampang, Condominium

Square feet: 1115

Room: 4

Bath: 2

FREEHOLD

Asking price rm450k


CCRIS and CTOS

Alahai CCRIS & CTOS 
***********************

Jika korang berminat nak membeli hartanah dan membuat pembiayaan perumahan dengan pihak bank, korang kena mencantikkan profile kewangan, CCRIS dan rekod CTOS.

Ramai lagi yang konfius mengenai CCRIS dan CTOS. Pengetahuan penting untuk memastikan permohonan pembiayaan perumahan korang diluluskan dengan mudah dan cepat. Jadi, ayuh belajar bersama-sama. Moga manfaat 😊 

***

CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan rekod pinjaman daripada institusi kewangan. Ia merupakan satu sistem yang mengumpulkan maklumat individu yang membuat pinjaman dengan institusi kewangan dan membekalkan semula kepada institusi kewangan. Ia adalah rekod pembayaran balik pinjaman. Contohnya;

i. Pembiayaan kereta 
ii. Kad kredit
iii. Pembiayaan peribadi
iv. Pembiayaan perumahan 
v. Pembiayaan ASB 

Laporan CCRIS ini penting untuk pihak bank tahu tahap disiplin pembayaran balik komitmen tersebut. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia dan juga di cawangan BNM. Di situ ada kiosk dan masukkan saja Mykad dan imbas ibu jari.

***

Manakala CTOS (Credit Tip Off Service) merupakan Sistem Informasi Rujukan. Korang akan kena CTOS jika ada tunggakan hutang dengan pihak pemiutang. Kadangkala korang tak sedar pun korang kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik beradik ataupun saudara mara. Kalau dah kena CTOS ni, wajib langsaikan dulu hutang yang  tertunggak tu.

Hutang korang yang bukan dengan bank akan direkodkan dalam CTOS. Contohnya;

i. Courts
ii. Kedai motor
iii. Singer
iv. AEON Credit
v. Bil dengan syarikat komunkasi 
vi. Syarikat lain yang korang berhutang dengan bayar secara ansuran

***

CCRIS hanya memaparkan rekod 12 bulan ke belakang. Jika bayaran bulanan tertunggak, lepas bayar balik, sistem akan dikemaskini setiap 15 haribulan. Jika CCRIS barai, selepas setahun dia akan hilang kalau korang langsaikan hutang tersebut. Korang kena hilangkan dulu angka selain kosong tu sebelum memohon pembiayaan perumahan. 

CTOS pula, jika korang bayar penuh ia akan direkodkan, tarikh bila korang buat bayaran tu. Maksudnya rekod korang pernah di CTOS masih wujud. Tapi rekod CTOS ini akan terhapus selepas 2 tahun sekiranya pembayaran penuh dilakukan. Korang kena buat bayaran penuh dan pergi semak dekat CTOS adakah nama korang dah clear atau tak. Kalau tak clear lagi boleh tunjuk surat full settlement. 

Dua sistem ini berbeza. CCRIS adalah di bawah seliaan BNM dan CTOS pula merupakan agensi luar yang tidak mempunyai kaitan dengan BNM. CCRIS dan CTOS tidak bankrapkan korang sampai lah hutang tertunggak yang korang tak mampu bayar melebihi RM30K. Korang hanya boleh diisytiharkan bankrap melalui Perintah Mahkamah melalui permohonan pemiutang.

***

Jadi, macam mana nak semak sama ada CCRIS dan CTOS korang cun ke tak?

A. Nak semak CCRIS: 

i. Semak CCRIS di kiosk BNM dan cawangan 
ii. Semak di cawangan AKPK 
iii. Semak menerusi online secara percuma: 

http://creditbureau.bnm.gov.my/BMreportobtain.html

Post FB cara-cara semak CCRIS secara online percuma: 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1750795228468656&id=100006145873646

***

B. Nak semak CTOS: 

i. https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/SimpleRegister?

ii. Aplikasi CTOS di Google Play Store / Apps Store: 

1. Download aplikasi CTOS 
2. Tekan button Sign Up untuk pertama kali.
3. Isikan semua maklumat yang diminta, emel wajib emel yang aktif. 
4. Korang perlu upload gambar IC korang untuk pengesahan. Edit la dekat gambar tu (FOR CTOS USE ONLY).
5. Selesai semua diisi, tekan Submit untuk pihak CTOS hantarkan maklumat. Biasanya 3 jam waktu bekerja dan mungkin lebih lama lagi. 
6. Korang akan terima laporan kewangan melalui emel. 
7. Boleh tengok score kredit meter juga untuk tahu profil kewangan korang power ataupun tidak.

***

Sudah dapat beza? Baguslah. Dah nampak sikit-sikit tu kira okay lah. Takdelah bila orang kata CCRIS tu nama lain bagi Raja Yahudi Di Zaman Empayar Rom pun korang percaya terus.

Kalau CCRIS sangkut memang bank takkan layan permohonan pembiayaan perumahan korang. Kalau hutang sedia ada pun tak mampu nak bayar, macam mana nak bayar ansuran hutang yang baru. Ye dak?

Sekarang ni, PTPTN pun masuk CCRIS juga. Korang tak payah acah-acah konfius nak beli rumah ataupun nak pergi travel dulu. Bayar PTPTN dulu lah. Bayar dengan jumlah yang ditetapkan dan tetap pada masanya. Bila tak bayar PTPTN, makin banyak tunggakan. Korang tak leh beli rumah, nak ke luar negara pun tak dapat. Kakakaka. 

Jadi, jika dah ada hutang dengan bank tu, janganlah tangguhkan bayaran. Kalau setiap bulan korang barai nak bayar hutang ataupun bayar lambat, kemungkinan besar pihak bank akan beranggapan korang ni merupakan individu yang berisiko tinggi. Maka, permohonan pembiayaan perumahan korang akan ditolak. 
 
Kesimpulannya, dah reti nak berhutang tu,  bayarlah ye. Jangan sampai air mata keinsafan menitis di kemudian hari. Kah!

[ASY]

#NotaHartanahASY

For Sale: Double Storey at Bandar Puteri, Klang

bandar puteri. 2 storey.

24hrs Gated and guarded

Double storey

Land area: 20x75sqft

4 Room

3 Bath

FREEHOLD


Asking price rm550k nego


2017, Nak Beli Atau Nak Terus Tunggu?


Dear friends, sedikit subtopik untuk yang berniat beli property. Tahun 2016 ini menyaksikan transaksi property yang merosot berbanding tahun sebelumnya. Dikatakan tahun ini sebanyak 60% projek undercons yg belum terjual. Ini terjadi akibat faktor ekonomi, kejatuhan nilai matawang, harga property yang terus naik mengatasi median pendapatan isi rumah. 

Tetapi, faktor ekonomi sama sekali tidak memberi kesan kepada nilai property kerana terbukti dalam pasaran undercon, 
developer tetap menjual produk mereka pada future price manakala bagi pasaran subsale, kita boleh lihat nilai pasaran tetap juga meningkat disebabkan faktor pembangunan setempat dan lokasi property yang strategik sekaligus meningkatkan permintaan terhadap property tersebut. It's effect on the market not the value! 

Jadi, boleh percaya ke khabar angin kononnya property price akan crash and collapse seawal 2018? Dari mana datangnya khabar angin ni? Haha.. 

Tahun 2017 dijangkakan transaksi akan terus jatuh. Ya, sekarang adalah zon buyer's market; Penawaran rumah adalah banyak tetapi pembeli yang serius dan berkualiti adalah kurang bahkan pembeli banyak pilihan dalam membeli. Tetapi ini tidak akan menjadikan harga rumah jatuh kerana pasaran hartanah adalah unik disebabkan faktor di atas. Ia mempunyai cycle yang tersendiri. Mungkin lepas ekonomi semakin baik, pasaran akan menjadi terbalik iaitu zon owner's market pula mengambil tempat; buyer yang serius dan berkualiti adalah banyak tetapi penawaran property dengan deal yang menarik adalah kurang dan owner menentukan harga jualan melebihi nilai pasaran. Ini sekaligus membuatkan buyer mengeluarkan modal yang lebih daripada sepatutnya ketika membeli property. 

Kalau ikut resmi pelabur, menguntung ketika membeli, bukan menguntung ketika menjual! 

Apa Risiko Yang Datang?

Sesetengah developer bakal menghadapi masalah untuk siapkan projek jika trend pembelian yang semakin menurun.

Apakah Peluang Yang Ada?

Developer akan membuat pelbagai promosi & rebat untuk pembelian hartanah termasuk zero downpayment, freegift dan lain-lain.

Patut Beli Atau Tidak Tahun 2017?

Memang inilah peluang bagi yang dah bersedia untuk beli property kerana banyak promosi yang akan diberikan oleh developer. Jangan lupa juga pasaran subsale. Pada masa ni, owner rumah atau investor juga akan mencairkan aset mereka untuk survive dalam ekonomi yang mencabar ini. Peluang untuk beli below market value/bawah nilai pasaran adalah tinggi! 

Tetapi tangguhkan pembelian jika company yang kita kerja sekarang mengalami masalah. 

Beli property ni senang. Apa nak buat lepas beli tu yang bukan senang. ✌🙂

For Sale: Land at Ulu Bernam

Dusun
1.5ecar
Skc ulu bernam
Rezab melayu.
99thn
RM150k


Buah:
Durian 10pokok
Rambutan
Pasang
Limau
Pulasan
Dll











STATUS REZAB MELAYU DI NEGERI KEDAH

HARTANAH DI BAWAH STATUS REZAB MELAYU DI NEGERI KEDAH KINI TIDAK LAGI BOLEH DIGADAIKAN KEPADA BANK BUKAN MELAYU  

1. Tahukah anda, susulan daripada kes  Jamaluddin bin Jaafar vs Affin Bank Berhad (Civil Appeal No. K -02-2728-12 TAHUN 2013), Mahkamah Rayuan pada 30 September 2016 yang lepas telah memutuskan bahawa Tanah Rezab Melayu di Kedah TIDAK BOLEH DIGADAIKAN KEPADA INSTITUSI KEWANGAN YANG TIDAK DIISYTIHARKAN SEBAGAI MELAYU DALAM JADUAL KEDUA, ENAKMEN TANAH REZAB MELAYU NEGERI KEDAH.

2. Dalam Jadual Kedua tersebut, hanya 2 bank sahaja yang diisyitiharkan sebagai Melayu iaitu Bank Bumiputra Malaysia Berhad (kini dikenali dengan CIMB Bank Berhad) dan Bank Pertanian Malaysia Bhd (kini dikenali sebagai Agro Bank Berhad).  

3. Oleh yang demikian, berdasarkan kes tersebut , gadaian atas tanah rezab melayu kepada institusi kewangan yang tidak tersenarai di bawah Jadual Kedua adalah “null and void”. Ini menyebabkan institusi kewangan dan bank selain daripada yang dinyatakan di dalam Jadual tersebut adalah dihalang daripada menerima gadaian.  

4. Terkini,  Pejabat Tanah Galian Negeri Kedah  telah mengeluarkan satu surat arahan yang mengarahkan kesemua pejabat tanah di negeri Kedah untuk tidak menerima pendaftaran gadaian tanah rezab melayu yang digadaikan kepada mana-mana institusi kewangan yang tidak tersenarai didalam Jadual 2 sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berkenaan kes ini. 

5. Kes ini sangat memberi impak yang besar terhadap pemilik-pemilik tanah rezab melayu, pembeli, penjual, pemaju, institusi-institusi kewangan serta para peguam kerana terdapat banyak kes urusan jual beli hartaanh rezab melayu yang sedang berjalan terpaksa digantung sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan dibuat atau sekurang-kurangnya sehingga pihak berkuasa negeri membuat pindaan kepada Enakmen Tanah Rezab melayu negeri ini. 

6. Lebih malang lagi, ada juga beberapa kes jual beli hartanah yang telah dipindahmilik kepada pembeli dan dibuat gadaian kepada institusi kewangan tetapi rata-rata institusi kewangan tersebut tidak berani untuk mengambil risiko melepaskan pinjaman kepada pihak berkenaan. 

7. Maklumat terkini yang kami terima,  pihak Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah memaklumkan akan mengambil tindakan untuk bertindak sebagai pencelah/intervener dalam prosiding rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan dan perbincangan lanjut sedang di buat oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah serta Pejabat Tanah Galian Negeri Kedah untuk mencari solusi terbaik susulan daripada kes tersebut.

Jadi, orang Kedah terutamanya sila ambil maklum tentang perkara ini ya. 

Credit to : Cik Puan Hasnifalina Hasanudin atas research dan maklumat yang diberikan.

For Sale: Double Storey at Hulu Selangor

harga rumah paling murah
======================

harga rm85k

double storey

3 bilik 1 bilik air

free hold

kos rendah

alamat di liga mas, batang kali, hulu selangor

tapi nak kasi tau...rumah ni rosak..

ingat rumah ni agak rosak..


murah tu...mana nak cari..

rumah bertanah di kawasan sibuk..

harga sewa mahal..





Masalah dalam COA

Antara masalah yang sering berlaku ketika coa sesama sendiri. 

1. Info yg tidak tepat. 
- ada agen yg memandang remeh tentang info berkaitan hartanah yg mana benda ni x boleh dibuat sambil lewa. 

2. Penjelasan yang tidak tepat kepada pembeli. 
- standard booking kita akan amik berdasarkan agency fees. Begitu juga balance kita akan pastikan buyer bayar apabila sign snp.  Kalau ada apa2 perubahan pastikan beritahu terlebih dahulu kepada rakan coa dan minta kebenaran owner terlebih dahulu. 

3. Listing yang dikongsikan bukan direct owner .  kuih lapis. 
- pastikan listing yang anda kongsikan adalah listing anda sendiri bukan listing org lain. 

4. Tidak familiar dengan kawasan rumah yg bakal dijual. 
- setiap kali dapat listing rumah yg hendak dijual pastikan anda terlebih dahulu belajar tentang kawasan tersebut. 

5. Menjual tanpa mengikut harga pasaran. 
- jangan sesekali bersetuju dgn owner yg ingin menjual hartanah yang melebihi harga pasaran. 

6.Suka memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada rakan coa. 
- pastikan anda membuat homework anda sendiri dan jangan sesekali melepaskan semua kerja kepada rakan coa .  baik dari segi penilaian hartanah ,  banker ,  lawyer dan sebagainya.  Melainkan telah ada persetujuan bersama. 

7. Cepat melatah
. jangan mudah melatah bila berhadapan dgn masalah bersama rakan coa anda.  Sebaiknya bincang dgn elok dan dapatkan jalan penyelesaian.  

#yang muda kita sayangi ,  yang tua kita hormati. 
💗💖💗💖

For Sale: Land at Telok Mas, Melaka

*TANAH UNTUK DIJUAL*

➡ Telok mas, melaka
➡ 2.6 ekar
➡ Leasehold (non bumi)
➡ Status penggunaan tanah Bangunan
➡RM12 pqsft (RM1,359,072 )

*BASED ON VALUATION REPORT*


*SESUAI UNTUK PROJEK PERUMAHAN*


*DIKELILINGI KAWASAN PERUMAHAN YANG MATANG DAN BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN*


Rekod Hutang untuk Lulus Pinjaman Perumahan

Ketahui Kenapa Bank Sukar Luluskan Pembiayaan Perumahan Pertama Anda Jika Tiada Sebarang Hutang
*************************************************

"salam...nk bertnya skit...sy nie gaji x de la besar mana arrange 1100-1700..bru berkerja 2 tahun di sektor swasta dan bujang sy pnah try loan rumah 2nd hrga 100K..sbb ape bank tak luluskn? bank ckp sbb x de komitmen apa2 dgn bank.kalau boleh x mau buat loan apa2..cuma nk buat loan rumah shaja..sbb sy ada buat part time yg tak payslip...sy nie x mau menambah hutang...ckup hutang utk bayar bulanan rumah ckup la..mcm mana nk settle bnda nie..."

***

Kau orang mesti pelik kan. Tak ada hutang la bagus. Tak logik betul tak pernah berhutang pun, pembiayaan perumahan pertama ditolak. Mengarut. 

Apa rasionalnya bank nak kita berhutang terlebih dahulu ataupun cipta laporan CCRIS dulu? Bank nak tengok kemampuan kita bayar balik hutang tersebut. Keboleh percayaan kita untuk bayar balik hutang bila pinjaman diluluskan. Kemampuan kita menjadi pembayar hutang. Bank nak tengok karektor kita. Adakah kita culas ataupun tidak untuk bayar balik. Ye lah, bank nak bagi pinjam bukan seribu dua ribu. Tapi beratus ribu. Tempoh bayar balik bukan setahun dua macam kau main kutu tu. Tapi tempoh panjang. Selama 30-35 tahun jugak tu.

Untuk rumah pertama je susah sikit. Apabila kau dah lepas pembiayaan perumahan rumah pertama. Nak beli rumah kedua ataupun seterusnya memang bank tak minta macam-macam lah. Sebab rekod bayaran balik rumah pertama kau orang cantik dah.

Komitmen kereta paling lama 9 tahun. Komitmen rumah 30-35 tahun. Jadi, bank kena tapis betul-betul permohonan kau orang. Kena kewangan stabil, orang yang berdisiplin je boleh komited untuk bayar dengan cantik dengan jumlah yang tepat. Tak ada sebarang komitmen / hutang, bank tak tahu kau orang jenis macam mana. 

Pihak bank nak beri pembiayaan perumahan pada mereka yang kemampuan sahaja. Jadi kau orang kena buktikan kau orang mampu jadi pembayar balik dengan baik. 

***

Pihak bank akan tengok asas 3 C benda ini;

Character 
Karektor pembayaran balik berdasarkan laporan CCRIS. Maklumat peribadi. Pekerjaan. Tempoh masa bekerja. 

Capacity
Pendapatan kau orang berapa. Adakah konsisten setiap bulan? Jumlah selepas bayar hutang / komitmen. DSR kau orang berapa?  Adakah dibawah 60%-70%?

Cara kita DSR: Jumlah Hutang Sedia Ada + Ansuran Hutang Rumah Yang Nak Beli / Pendapatan Bersih X 100%.

Capital 
Adakah kau orang ada sebarang aset, pelaburan ataupun sebarang simpanan?

***

Pembiayaan perumahan sangat senang jika kau orang tahu aturannya. Pembiayaan perumahan bukan kau orang perlu komitmen 5-10 tahun saja. Tapi antara 30-35 tahun. Jadi, 3C di atas kau kena ada dulu barulah pihak bank yakin dengan kau orang. 

***

Jadi macam mana nak cipta rekod CCRIS dengan mudah?

Biasanya gua bagi 2 pendapat. 

Jika kau orang dah ada deposit rumah. Dan bersedia nak beli rumah dalam tahun tersebut. Boleh;

i. Mohon kad kredit. Buat untuk transaksi pembelian minyak petrol, beli barang keperluan saja. Pihak bank bukan tengok hari ni kau orang apply kad kredit dah ada CCRIS terus yakin dengan kemampuan bayar balik kau orang. Biasanya perlu tempoh 6 bulan muncul dalam laporan CCRIS. Semua cun melecun, biar 0,0,0,0,0,0. Kad kredit pun masuk 5% daripada baki terkini untuk perkiraan DSR. Jangan sampai 70% kredit limit pulak ye? 

Tetapi kau orang tak ada lagi deposit rumah. Dan matlamat nak beli rumah dalam 2-3 tahun. Buatlah CCRIS dengan melabur dalam ASB Financing. 

ii. Mohon ASB Financing. Mulakan dengan RM50K. Bulanan dalam RM285. Selalu gua tekankan ASB Financing ni pembiayaan dengan bank. Dan sebarang pembiayaan dengan bank masuk dalam laporan CCRIS. Jadi, masuk dalam perkiraan DSR (Debt Service Ratio). ASB Financing akan masuk kira sama jika tak cukup satu tahun. Jelas? Selepas 2-3 tahun terminate dan pulangan prinsipal, dividen terkumpul boleh digunakan untuk modal beli rumah. Jadi force saving kau jugak sebenarnya. Takde lah tiap dapat gaji tak tahu duit kau ke mana.

Jika kau orang dah ada ansuran kereta, pembiayaan peribadi tak payah buat lagi hutang di atas ni. Dah memang kau orang sudah ada laporan CCRIS. Bayar jumlah yang tepat di masa yang telah ditetapkan okay? Kalau tak laporan CCRIS kau orang barai nanti lagi susah nak beli rumah. Sapa ada PTPTN pun sudah masuk dalam laporan CCRIS. Jadi bayarlah ansuran jangan abaikan. 

Lain padang lain belalang. Lain bank lain dia punya SOP. Lain dia punya game plan. Tak ada laporan CCRIS bukan bank tolak terus permohonan pembiayaan perumahan kau orang. Rajin-rajinkan walk in ke bank ye. Tanya 3-5 bank.

***

Nota tambahan untuk bank senang luluskan pembiayaan perumahan kau orang:

1. Jadilah Pembayar Yang Baik
Pergi cek laporan CCRIS. Pastikan semua bersih segala nombor lain selain 0,0,0,0,0,0,0 tu. Dah berhutang tu bayarlah dengan jumlah yang tepat pada masa yang ditetapkan. 

2. Cipta Rekod CCRIS 
Tak ada laporan CCRIS tidak bererti pihak bank terus reject permohonan pembiayaan perumahan kau orang. Mungkin kau orang akan dikenakan kadar keuntungan bank agak tinggi daripada orang lain. Daripada laporan CCRIS, pihak bank akan tahu karektor pembayaran balik kau orang. Adakah seorang culas ataupun bagus.

3. Jangan Mempunyai Sejarah Hitam 
Mempunyai sejarah hitam seperti rumah pernah dilelong,  kereta pernah ditarik, ataupun di bawah pemantauan AKPK mungkin akan menyukarkan pihak bank nak luluskan pembiayaan perumahan kau orang. Jadi rancanglah kewangan dengan sebaiknya. Buat bajet dulu. Kalau tak mampu bayar, janganlah beli kereta mewah ye.

4. Mencapai Kredit Limit Kad Kredit 
Gua ada seorang kawan. Dia sangat bijak merancang. Tapi bila dia dah ada kad kredit dia dah berubah. Swipe sana sini serupa dirasuk oleh kad kredit tersebut. Hutang kad kredit sampai RM11K!Jadi janganlah jadi hamba kad kredit. Anggaplah ia sebagai wang kertas. Untuk mohon pembiayaan perumahan janganlah sampai mencapai 70% kredit limit. Bayar semua dulu. 

5. Hati-Hati Apabila Jadi Penjamin
Janganlah jadi penjamin sepupu, kawan-kawan,  pakwe makwe kalau kau orang tak berapa yakin dengan kemampuan kewangan dia. Dia nak berhutang untuk kahwin pun, kau janganlah baik sangat nak jadi penjamin dia. Kalau dia tak bayar, kau orang kena.

6. Simpanan
Untuk membeli rumah pertama amatlah digalakkan untuk ada simpanan yang secukupnya. Kalau ansuran pembiayaan perumahan kau nanti RM550 setiap bulan. Elok ada 6 bulan simpanan untuk buat back up di masa hadapan. Dalam RM3300. Lagi banyak lagi bagus. Simpanlah dalam Tabung Haji ataupun ASB. Kepilkan masa mohon pembiayaan perumahan nanti.

7. Baki Bulanan Dalam Akaun Bank 
Sekarang bank besar lagi susah nak luluskan pembiayaan perumahan individu yang bergaji bawah RM3000. Ada bank melaksanakan NDI (Net Disposable Income). Apa itu NDI? Nak senang faham ialah baki bersih selepas tolak semua komitmen / hutang. Jika kau orang tinggal di bandar, NDI kena atas RM1500. Jika di luar bandar baki kena ada RM1000. Apa gunanya NDI ni? Untuk kos sara hidup kau orang lah. Kau orang kan suka makan kat kedai hipster jeeeee. Kos bayar petrol kereta import mewah kau orang tu. Kakakaka. 

Jangan takut. Pergilah shopping dekat bank tu. Bawa payslip tanya mereka berapa kemampuan pembiayaan perumahan kau orang boleh dapat.

***

 Bahan bacaan lain:

i. Apa Itu CCRIS 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1719687258246120&id=100006145873646

ii. Semak Laporan CCRIS Percuma Secara Atas Talian 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1750795228468656&id=100006145873646

iii. 7 Tips Mudah Lulus Pembiayaan Perumahan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1734987110049468&id=100006145873646

iv. Kenali Individu Berisiko Di Mata Bank 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1724540561094123&id=100006145873646

***

Dah faham kenapa tak ada hutang pun bank tolak pembiayaan perumahan kau orang? 

Baca lagi novel cinta, status Memerang Fans yang langsung tak memberi input untuk kegunaan kau orang masa depan. Dah baca tolong sebarkan untuk mereka yang kata orang beli rumah banyak tu kapitalis. Orang beli rumah banyak bukan dia kaya ataupun bergaji besar. Tapi mereka tahu rahsia dia. Mereka tahu kehendak pihak bank. Kau orang 24 jam duk main Facebook, duk salahkan orang lain je. Mana ada masa nak baca benda ilmiah gini dak? 

Jadi banyakkan membaca benda faedah dan berilmiah. Berkawan, follow orang yang banyak membantu kau orang. Banyak memberi input positif. Tak dapat semua dapat sedikit pun jadilah. Ini duk baca fakta pakai jam tangan kanan, fakta anak bongsu, fakta awek Johor jeeeeeee apa guna. Kah!

P/S: Share jika manfaat. Sekadar perkongsian ilmu untuk anak Melayu kita supaya senang lulus pembiayaan perumahan di masa depan nanti. Terima kasih 😄
 

[ASY]

For Sale: Double Storey at Bukit Rimau

BUKIT RIMAU

Property Type: Double-storey bungalow villa

Completion Year: 2007

House Status: Freehold

Location: Bukit Rimau, Shah Alam, Selangor

- 1 Family Area
- 1 Dry Kitchen
- 1 Wet Kitchen
- 4 bedrooms
- 4 toilets

Built-up Size: ~3200 sqft

Land Size: 3060 sqft

Furnishing: Partially Furnished

Description:
- Walking distance to a mosque
- Walking distance to Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
- Near to hypermarkets (AEON BiG, EconSave, Giant)
- Near to Columbia Asia Hospital
- Near to a Chinese-medium school
- Sandwiched between 2 prominent golf courses.

Price: RM1.4 mil










Simpan Dokumen Jual Beli

Saya perhatikan, kebanyakan pembeli rumah sibuk follow up untuk selesaikan urusan jual beli rumah yang mereka beli. Setiap hari call lawyer tanya bila mereka boleh dapat rumah yang dibeli. 

Tetapi setelah sahaja selesai urusan jual beli dan rumah tersebut telah jadi milik mereka, mereka tak kisah pun nak datang ambil salinan dokumen-dokumen urusan jual beli rumah mereka dengan lawyer. Walaupun telah dimaklumkan beberapa kali untuk berbuat demikian. 

Selepas 5 tahun, time nak jual rumah atau buat refinance rumah, time tu mula lah kelam kabut pergi pejabat peguam nak dapatkan salinan dokumen. Kalau boleh nak serta merta time tu jugak.

Sedangkan file dah 5 tahun, mestilah dah tutup masuk stor. Nak kena cari dulu. Mesti ambil masa. Itu pun nasib baik firma guaman tersebut masih ada. Kalau firma guaman tu dah tutup macam mana? Mulalah panik fikir mcm mana nak dapatkan dokumen-dokumen tersebut.

Ada juga sesetengah pembeli bila dah dapat dokumen-dokumen tersebut mereka buat mcm surat khabar buruk sahaja. Sepah sana sini. Letak sana-sini. Last last hilang atau lupa letak kat mana.

Kemudian mulalah kelam kabut pergi pejabat peguam untuk mintak salinan. Peguam kenakan caj utk salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki, mulalah bising.

Jadi nasihat saya:

1. Selepas selesai urusan jual beli rumah anda, dalam masa 7 hari, terus pergi ke pejabat peguam untuk dapatkan salinan dokumen-dokumen tersebut. Tak payah tunggu peguam call bagi tahu. Anda sendiri mesti rasa bertanggungjawab untuk dapatkannya daripada peguam anda.

2. Selepas dapat dokumen-dokumen tersebut simpan dalam satu fail di tempat yang selamat dan mudah dicari.  Bila nak guna nanti senanglah nak cari. Tak de lah dokumen-dokumen tu dimakan dek tikus.

3. Jika dokumen ditakdirkan hilang walaupun anda dah simpan dengan baik, sila bersabar untuk dapatkannya daripada peguam. Peguam juga perlukan masa untuk mencari semula fail anda yang dah lama tutup tersebut. Dan jika dikenakan caj pentadbiran, bayar saja lah. Jangan banyak soal. Mereka telah spent masa buat kerja extra untuk anda. Jadi apalah salahnya, mereka mudahkan urusan anda, anda mudahkan lah urusan mereka pulak. Bukankah lebih baik begitu.

Maaflah, hari ni saya membebel sket. Sbb perkara ni sangat penting untuk anda ingat.

Salkukhairi Abd Sukor 
Peguam & Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

For Sale: Double storey at section 16, Shah Alam

Alam d16, seksyen 16 shah alam.

Double storey terrace

20x70 sqft

Build up 2100+

4 bilik tido, 3 bilik air

Jual semi furnished

Asking price RM710k

Leasehold

Can markup loan

Kitchen cabinet