Saya perhatikan, kebanyakan pembeli rumah sibuk follow up untuk selesaikan urusan jual beli rumah yang mereka beli. Setiap hari call lawyer tanya bila mereka boleh dapat rumah yang dibeli.
Tetapi setelah sahaja selesai urusan jual beli dan rumah tersebut telah jadi milik mereka, mereka tak kisah pun nak datang ambil salinan dokumen-dokumen urusan jual beli rumah mereka dengan lawyer. Walaupun telah dimaklumkan beberapa kali untuk berbuat demikian.
Selepas 5 tahun, time nak jual rumah atau buat refinance rumah, time tu mula lah kelam kabut pergi pejabat peguam nak dapatkan salinan dokumen. Kalau boleh nak serta merta time tu jugak.
Sedangkan file dah 5 tahun, mestilah dah tutup masuk stor. Nak kena cari dulu. Mesti ambil masa. Itu pun nasib baik firma guaman tersebut masih ada. Kalau firma guaman tu dah tutup macam mana? Mulalah panik fikir mcm mana nak dapatkan dokumen-dokumen tersebut.
Ada juga sesetengah pembeli bila dah dapat dokumen-dokumen tersebut mereka buat mcm surat khabar buruk sahaja. Sepah sana sini. Letak sana-sini. Last last hilang atau lupa letak kat mana.
Kemudian mulalah kelam kabut pergi pejabat peguam untuk mintak salinan. Peguam kenakan caj utk salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki, mulalah bising.
Jadi nasihat saya:
1. Selepas selesai urusan jual beli rumah anda, dalam masa 7 hari, terus pergi ke pejabat peguam untuk dapatkan salinan dokumen-dokumen tersebut. Tak payah tunggu peguam call bagi tahu. Anda sendiri mesti rasa bertanggungjawab untuk dapatkannya daripada peguam anda.
2. Selepas dapat dokumen-dokumen tersebut simpan dalam satu fail di tempat yang selamat dan mudah dicari. Bila nak guna nanti senanglah nak cari. Tak de lah dokumen-dokumen tu dimakan dek tikus.
3. Jika dokumen ditakdirkan hilang walaupun anda dah simpan dengan baik, sila bersabar untuk dapatkannya daripada peguam. Peguam juga perlukan masa untuk mencari semula fail anda yang dah lama tutup tersebut. Dan jika dikenakan caj pentadbiran, bayar saja lah. Jangan banyak soal. Mereka telah spent masa buat kerja extra untuk anda. Jadi apalah salahnya, mereka mudahkan urusan anda, anda mudahkan lah urusan mereka pulak. Bukankah lebih baik begitu.
Maaflah, hari ni saya membebel sket. Sbb perkara ni sangat penting untuk anda ingat.
Salkukhairi Abd Sukor
Peguam & Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
No comments:
Post a Comment