HARTANAH DI BAWAH STATUS REZAB MELAYU DI NEGERI KEDAH KINI TIDAK LAGI BOLEH DIGADAIKAN KEPADA BANK BUKAN MELAYU
1. Tahukah anda, susulan daripada kes Jamaluddin bin Jaafar vs Affin Bank Berhad (Civil Appeal No. K -02-2728-12 TAHUN 2013), Mahkamah Rayuan pada 30 September 2016 yang lepas telah memutuskan bahawa Tanah Rezab Melayu di Kedah TIDAK BOLEH DIGADAIKAN KEPADA INSTITUSI KEWANGAN YANG TIDAK DIISYTIHARKAN SEBAGAI MELAYU DALAM JADUAL KEDUA, ENAKMEN TANAH REZAB MELAYU NEGERI KEDAH.
2. Dalam Jadual Kedua tersebut, hanya 2 bank sahaja yang diisyitiharkan sebagai Melayu iaitu Bank Bumiputra Malaysia Berhad (kini dikenali dengan CIMB Bank Berhad) dan Bank Pertanian Malaysia Bhd (kini dikenali sebagai Agro Bank Berhad).
3. Oleh yang demikian, berdasarkan kes tersebut , gadaian atas tanah rezab melayu kepada institusi kewangan yang tidak tersenarai di bawah Jadual Kedua adalah “null and void”. Ini menyebabkan institusi kewangan dan bank selain daripada yang dinyatakan di dalam Jadual tersebut adalah dihalang daripada menerima gadaian.
4. Terkini, Pejabat Tanah Galian Negeri Kedah telah mengeluarkan satu surat arahan yang mengarahkan kesemua pejabat tanah di negeri Kedah untuk tidak menerima pendaftaran gadaian tanah rezab melayu yang digadaikan kepada mana-mana institusi kewangan yang tidak tersenarai didalam Jadual 2 sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berkenaan kes ini.
5. Kes ini sangat memberi impak yang besar terhadap pemilik-pemilik tanah rezab melayu, pembeli, penjual, pemaju, institusi-institusi kewangan serta para peguam kerana terdapat banyak kes urusan jual beli hartaanh rezab melayu yang sedang berjalan terpaksa digantung sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan dibuat atau sekurang-kurangnya sehingga pihak berkuasa negeri membuat pindaan kepada Enakmen Tanah Rezab melayu negeri ini.
6. Lebih malang lagi, ada juga beberapa kes jual beli hartanah yang telah dipindahmilik kepada pembeli dan dibuat gadaian kepada institusi kewangan tetapi rata-rata institusi kewangan tersebut tidak berani untuk mengambil risiko melepaskan pinjaman kepada pihak berkenaan.
7. Maklumat terkini yang kami terima, pihak Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah memaklumkan akan mengambil tindakan untuk bertindak sebagai pencelah/intervener dalam prosiding rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan dan perbincangan lanjut sedang di buat oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah serta Pejabat Tanah Galian Negeri Kedah untuk mencari solusi terbaik susulan daripada kes tersebut.
Jadi, orang Kedah terutamanya sila ambil maklum tentang perkara ini ya.
Credit to : Cik Puan Hasnifalina Hasanudin atas research dan maklumat yang diberikan.
No comments:
Post a Comment