Labels

1 1/2 storey (1) 1.5 storey (3) 2.5 storey (3) 3 storey (3) 3.5 storey (1) Akta 242 (1) alam budiman (1) ampang (11) antaragapi (1) Aparment (1) Apartment (51) ara damansara (1) ARCTICLES (2) ARTICLE (1) ARTICLES (135) ARTILCES (2) balakong (1) bandar enstek (1) bandar tun razak (1) bangi (8) bangsar (1) banting (2) batang berjuntai (1) batu berendam (1) batu cave (1) batu gajah (1) Batu Kikir (1) bekok (1) beranang (1) bukit antarabangsa (2) bukit beruntung (1) bukit jalil (1) bukit kapar (1) Bukit raja (1) bukit saujana (1) bukit tinggi (1) Bungalow (14) Bunglow (1) Business (1) cameron highland (1) chalet (1) cheras (4) Condo (15) Condominium (2) corner (11) corner lot (3) cyberjaya (6) damansara (7) denai alam (1) dengkil (5) Double (3) double store (1) double storey (80) end lot (2) factory (4) gombak (3) Homestay (1) Hotel (1) House (1) hulu langat (3) hulu selangor (2) icity (1) jalan kebun (3) janda baik (1) jelebu (2) jelutong (1) jeram (1) jerantut (1) johan setia (1) johor (1) kajang (11) kapar (4) kedah (1) kelana jaya (1) kelantan (1) kemuning (1) kemuning utama (1) ken rimba (1) keramat (2) klang (27) klang utama (2) klang valey (1) klang valley (2) klia (1) kota damansara (4) kota warisan (2) kuala langat (1) Kuala Lumpur (7) kuala selangor (1) kuala terengganu (5) kubang pasu (1) Land (44) landed (14) langkawi (1) leasehold (1) melaka (2) mersing (1) meru (5) Modern (1) negeri sembilan (2) new (1) nilai (2) northport (1) olak lempit (1) palm oil (1) Pangsapuri (1) peninsular (1) petaling jaya (6) plantation (1) port dickson (1) puchong (11) puchong prima (1) puchong utama (1) pucong prima (1) pulau indah (1) Pump station (1) puncak alam (15) putra height (1) putrajaya (6) rawang (12) rembau (1) Resort (1) salak tinggi (1) saujana putra (1) saujana utama (2) sei kembangan (1) selayang (2) semenyih (4) semi d (17) sendayan (1) sepang (5) seremban (1) seri kembangan (3) service apartment (1) Service Residence (1) setia alam (3) setiawangsa (1) setiwangsa (1) shah alam (70) shophouse (1) shoplot (7) sijangkang (1) Single (1) single storey (21) soho (1) sri kembangan (4) sri petaling (1) studio (5) subang (3) subang bestari (1) subang jaya (4) sungai buloh (12) sungai buluh (1) taman sri andalas (1) telok mas (1) telok panglima garang (2) terengganu (1) terrace (1) Town villa (1) townhouse (4) Triplw storey (1) ukay perdana (5) ulu bernam (1) ulu langat (1) ulu yam (1) usj (4) wangsa maju (2) wangsamaju (2)

Pembiayaan Rumah Affin Islamic Bank

KAMI AKAN REALISASIKAN IMPIAN MEMILIKI RUMAH IDAMAN ANDA 

🔷Ramai yang nk beli rumah baru, yang masih dara.  Rumah Dalam Pembinaan atau dalam bahasa ringkas "Underconstruction Property".

🔷 Tapi ramai yang ragu2 dan tidak berani sebab risiko rumah terbengkalai ataupun pemaju bermasalah. 

🔷Tapi masih ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh tidur lena apabila beli 'Underconstruction Property' kerana ada satu product yang boleh melegakan hati anda(Peace Of Mind) bila anda beli rumah dalam pembinaan ni. 

🔷Affin Islamic Bank Berhad adalah salah satu bank yg mengunakan konsep yang berlandaskan syariah "Musharakah Mutanaqisah (MM)" untuk pakej pembiayaan yang mereka tawarkan dibawah produk "Affin Home Invest-i"

Apa tu "MUSHARAKAH MUTANAQISAH" ???

Adakah Musyarakah Mu Tak Nak Wa Tak Qisahh???

🔷Affin Home Invest-i ialah produk pembiayaan berdasarkan konsep "Musharakah Mutanaqisah" (MM) atau "Perkongsian Berkurangan / Diminishing Partnership"

🔷 Di bawah konsep Musharakah Mutanaqisah, pihak Bank dan Pelanggan turut serta dalam pemilikan sesuatu hartanah secara perkongsian (Joint Ownership), dimana Pelanggan hendaklah meyumbang satu amaun sebagai bayaran awal ( Bayaran Awal Pemilikan Pelanggan / Deposit)  untuk pembelian sebahagian daripada Hartanah dan pihak Bank hendaklah menyumbang satu amaun yang merupakan baki bayaran awal( Bayaran Awal Pemilikan Bank) bagi pembelian hartanah tersebut.

🔷 Pihak Bank kemudian menyewakan bahagiannya dalam Hartanah tersebut kepada pelanggan berdasarkan Ijarah Mawsufah Fi Zimmah ( sewaan hadapan / progressive paymeny during construction ) semasa dalam tempoh pembinaan dan Ijarah (sewaan / monthly installment) selepas tamat tempoh pembinaan.

🔷Pelanggan akan secara berperingkat mengambilalih bahagian, hak pemilikan dan manfaat Bank dengan membayar ansuran bulanan kepada bank, yang sebahagiannya menyumbang kepasa penambahan pemilikan Pelanggan dalam Hartanah tersebut seterusnya pemilikan Bank selaras dengan terma- terma kemudahan (Bayaran Pemilikan) sehingga Pelanggan memiliki sepenuhnya Hartanah tersebut.

🔷 Hasil daripada pembayaran Bayaran Pemilikan, hak pemilikan (ownership) dan manfaat Hartanah pelanggan akan bertambah dan hak pemilikan Bank akan berkurangan secara berperingkat.

🔷Pada akhir tempoh pembiayaan dan selepas pembayaran penuh, pelanggan akan memperolehi semua bahagian dan hak pemilikan Bank terhadap Hartanah tersebut.

Apa kena mengena MM dengan projek terbengkalai? 

🔷Seperti yang sedia maklum, apabila anda beli rumah dalam pembinaan, anda perlu membayar "progressive payment" kepada bank setiap bulan (progressively) mengikut kepada tahap  pembinaan(construction stage).

🔷Bank akan membayar kepada pemaju (Developer) sedikit demi sedikit bergantung kepada Stage Of Completion. Dalam Sales and Purchase Agreement ( SPA) ada satu terma Schedule of Payment of Purchase Price. 
Rujuk Housing Development Act, Schedule G /H 

🔷 Jika Stage of Completion sudah 50% siap, dan progressive payment anda pun sudah meningkat. Tiba-tiba project tergendala? Anda tetap perlu membayar progressive payment seperti biasa.

🔷TETAPI sekiranya selepas beberapa bulan pembinaan masih belum menunjukkan sebarang kemajuan. Projek perumahan ini hanya di isythiarkan Terbengkalai(Abandoned) sekiranya surat dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan( KPKT).

🔷Affin Islamic Bank tidak akan mengenakan "Progressive Payment"  kepada pelanggan. Jadi anda tidak perlu membuat sebarang bayaran kepada bank.

🔷 Apa akan jadi kepada "Progressive Payment" yang anda bayar selama ini?? Untuk pengetahuan anda, "Progressive Payment" akan dipulangkan kepada anda mengikut terma dan syarat. 

🔷Hebatkan! Walaupun rumah terbengkalai dan anda tidak perlu buat bayaran tetapi akan akan dapat balik "Progressive Payment" yang anda bayar sebelum ini.

🔷 Model kewangan ini berkonsepkan :
1) Pemilikan Bersama
2) Perkongsian Risiko 

🔷Itulah keistimewaan Perkongsian, kita berkongsi risiko. Jika ditakdir rumah terbengkalai, kerugian anda adalah ( Bayaran Pemilikan Awal Pelanggan/ Deposit) dan kerugian bank bergantung berapa banyak yang bank dah bayar kepada pemaju (Developer).

🔷Kenapa Affin Islamic Bank baik sangat untuk offer produk yang berisiko tinggi ni? 
Allah knows Best. Terima kasih kepada Jabatan Syariah dan Jabatan Produk Affin Islamic Bank.

🔷Pernahkah terjadi projek perumahan terbengkalai???
🔹Bagi generasi Y,Z mungkin tidak mengerti tetapi itu sejarah yang terpalit dalam industri Hartanah. Beberapa tahun dahulu hangat diperkatakan di kedai kopi juga di media massa. Apabila projek terbengkalai, pelanggan perlu membayar progressive payment kepada bank. Sekiranya anda gagal membuat bayaran, nama anda akan disenarai hitam. Seterusnya anda berdepan risiko muflis(Bankrupt)

🔷Adakah Affin Islamic Islamic panel bank untuk semua projek perumahan??
Hampir semua projek adalah panel kami. Dan kami akan melihat kekuatan dan kestabilan pemaju sebelum menjadi panel pembiayaan projek.

Sebab untuk anda berurusniaga dengan Kami:-

➡Pelindungan sepanjang tempoh pembinaan mengikut prinsip perkongsian risiko 
➡Tempoh pembiayaan yang panjang sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun
➡Kemudahan pengeluaran fleksibel
➡ Diskaun 20% untuk duti setem
➡ Ketenangan fikiran dengan perlindungan MRTT untuk anda
➡ No penalty on early buyout 

*Produk Affin Home Invest-i ini untuk Harga Hartanah RM 200,000 dan keatas
*Juga terbuka untuk hartanah Subsale

Boleh Share tp klu copy paste jangan lupa credit yea..

Juanfran Xaffran Zainuddin 
Sales Manager,Mortgage Islamic 
zaffranzainuddin@yahoo.com 

#BankerBukanDongengan
#JuanfranXaffran 
#TeamZaffran
#AffinIslamicBank
#HomeFinancing

No comments:

Post a Comment