Labels

1 1/2 storey (1) 1.5 storey (3) 2.5 storey (3) 3 storey (3) 3.5 storey (1) Akta 242 (1) alam budiman (1) ampang (11) antaragapi (1) Aparment (1) Apartment (51) ara damansara (1) ARCTICLES (2) ARTICLE (1) ARTICLES (135) ARTILCES (2) balakong (1) bandar enstek (1) bandar tun razak (1) bangi (8) bangsar (1) banting (2) batang berjuntai (1) batu berendam (1) batu cave (1) batu gajah (1) Batu Kikir (1) bekok (1) beranang (1) bukit antarabangsa (2) bukit beruntung (1) bukit jalil (1) bukit kapar (1) Bukit raja (1) bukit saujana (1) bukit tinggi (1) Bungalow (14) Bunglow (1) Business (1) cameron highland (1) chalet (1) cheras (4) Condo (15) Condominium (2) corner (11) corner lot (3) cyberjaya (6) damansara (7) denai alam (1) dengkil (5) Double (3) double store (1) double storey (80) end lot (2) factory (4) gombak (3) Homestay (1) Hotel (1) House (1) hulu langat (3) hulu selangor (2) icity (1) jalan kebun (3) janda baik (1) jelebu (2) jelutong (1) jeram (1) jerantut (1) johan setia (1) johor (1) kajang (11) kapar (4) kedah (1) kelana jaya (1) kelantan (1) kemuning (1) kemuning utama (1) ken rimba (1) keramat (2) klang (27) klang utama (2) klang valey (1) klang valley (2) klia (1) kota damansara (4) kota warisan (2) kuala langat (1) Kuala Lumpur (7) kuala selangor (1) kuala terengganu (5) kubang pasu (1) Land (44) landed (14) langkawi (1) leasehold (1) melaka (2) mersing (1) meru (5) Modern (1) negeri sembilan (2) new (1) nilai (2) northport (1) olak lempit (1) palm oil (1) Pangsapuri (1) peninsular (1) petaling jaya (6) plantation (1) port dickson (1) puchong (11) puchong prima (1) puchong utama (1) pucong prima (1) pulau indah (1) Pump station (1) puncak alam (15) putra height (1) putrajaya (6) rawang (12) rembau (1) Resort (1) salak tinggi (1) saujana putra (1) saujana utama (2) sei kembangan (1) selayang (2) semenyih (4) semi d (17) sendayan (1) sepang (5) seremban (1) seri kembangan (3) service apartment (1) Service Residence (1) setia alam (3) setiawangsa (1) setiwangsa (1) shah alam (70) shophouse (1) shoplot (7) sijangkang (1) Single (1) single storey (21) soho (1) sri kembangan (4) sri petaling (1) studio (5) subang (3) subang bestari (1) subang jaya (4) sungai buloh (12) sungai buluh (1) taman sri andalas (1) telok mas (1) telok panglima garang (2) terengganu (1) terrace (1) Town villa (1) townhouse (4) Triplw storey (1) ukay perdana (5) ulu bernam (1) ulu langat (1) ulu yam (1) usj (4) wangsa maju (2) wangsamaju (2)

AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH 1981 Peraturan 2

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 242

AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH 1981

Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pelantikan seorang Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan mengenai pendaftaran penilai, pentaksir dan ejen harta tanah dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.[6 Februari 1981]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I 

PERMULAAN

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“anggota” ertinya anggota Lembaga;

“amalan perejenan harta tanah” ertinya bertindak atau mengemukakan diri seseorang kepada orang ramai sebagai bersedia bertindak, untuk komisen, fi, upah atau balasan lain, sebagai seorang ejen berkenaan dengan sesuatu jualan atau pelupusan tanah dan bangunan lain dan mengenai apa-apa kepentingan dalamnya atau pembelian atau pengambilan tanah dan bangunan lain dan mengenai apa-apa kepentingan dalamnya atau berkenaan dengan pemajakan atau penyewaan tanah dan bangunan dan mengenai apa-apa kepentingan dalamnya;

“Daftar” ertinya Daftar Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(a);

“Daftar Firma” ertinya Daftar Firma yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(c);

“Daftar Penilai Percubaan/Ejen Harta Tanah Percubaan” ertinya Daftar Penilai Percubaan/Ejen Harta Tanah Percubaan yang disimpan di bawah perenggan 14(1)(b);

“ditetapkan”ertinya yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri atau oleh garis panduan, pekeliling atau arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga;

“ejen harta tanah berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian III Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;

“ejen harta tanah percubaan” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah Akta ini sebagai ejen harta tanah percubaan dan yang namanya telah dimasukkan dalam Daftar Penilai Percubaan/Ejen Harta Tanah Percubaan;

“firma” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan, sesuatu perkongsian atau sesuatu ketuanpunyaan tunggal;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);

“kuasa untuk menjalankan amalan” ertinya sesuatu kuasa untuk menjalankan amalan dalam borang yang ditetapkan yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 16;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 12(1);

“Lembaga” ertinya Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;
“Lembaga Rayuan” ertinya Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada sesuatu waktu tertentu adalah bertanggungjawab bagi kewangan;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah yang dilantik di bawah seksyen 15;

“pengurus harta” ertinya seseorang, sesuatu firma atau sesuatu syarikat yang, bagi pihak pemunya mana-mana tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya, menguruskan dan mengawal tanah, bangunan dan kepentingan itu untuk memelihara atau menambah pelaburan dalam, atau nilai fizikal, harta itu;

“pengurusan harta” ertinya pengurusan dan pengawalan apa-apa tanah, bangunan dan apa-apa kepentingan dalamnya, tidak termasuk pengurusan perniagaan berdasarkan harta, bagi pihak pemunya untuk suatu fi dan termasuklah tetapi tidak terhad kepada tanggungjawab yang berikut:

(a) mengawasi perbelanjaan untuk harta itu dan membuat pembayaran daripada pendapatan daripada harta itu;

(b) menyediakan belanjawan dan menyenggara rekod kewangan untuk harta itu;

(c) menguatkuasakan terma pajakan dan perjanjian lain yang berhubungan dengan harta itu;

(d) memberikan nasihat mengenai keputusan penjualan dan pembelian;

(e) memberikan nasihat mengenai perkara insurans;(f) memberikan nasihat mengenai peluang untuk menghasilkanpotensi pembangunan atau pelaburan harta itu; dan

(g) memberikan nasihat mengenai keperluan meningkatkan harta itu atau mencantumkan kepentingan;

“penilai berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian I Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;

“penilai percubaan” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah Akta ini sebagai penilai percubaan dan yang namanya telah dimasukkan dalam Daftar Penilai Percubaan/Ejen Harta Tanah Percubaan;

“pentaksir berdaftar” ertinya seseorang yang namanya telah dimasukkan di bawah Bahagian II Daftar dan yang kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;

“perniagaan berdasarkan harta” termasuklah hotel, motel, asrama, ladang, kuari, marina, pelabuhan, padang golf, pawagam, stadium, kompleks sukan dan hospital

#akta242
#peraturan2
#aktaagenhartanah

2 comments:

  1. Adakah anda memerlukan apa-apa jenis kontrak? Mr Anthony, hey, hey, hey, hey, hey. Saya benar-benar kehilangan wang untuk penipu dalam talian kerana dan terdesak untuk pinjaman. Sehingga saya melihat komen tentang dia, menghubungi beliau dengan kesilapan dan impiannya datang untuk saya. Sekarang saya seorang lelaki bahagia dengan keluarga saya. Hubungi dia jika anda memerlukan pinjaman di: inforamzanloan@gmail.com

    ReplyDelete
  2. hai, boleh terangkan macam mana pengurus hartanah memberi nasihat mengenai keperluan meningkatkan harta itu atau mencantumkan kepentingan dengan lebih lanjut? harap dapat dibantu. terima kasih.

    ReplyDelete