TIPS BURU RUMAH LANDED
°°′°°°°°°°°°°°′°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
🔘 Daripada 14 rumah yang Abe beli, 4 bijik ialah landed house. Jom pepagi Ahad ni Abe share tips in case korang sedang memburu rumah landed idaman hari ini.
.
.
#TIPS
🔘 Belilah dari pemaju gagah dan sentiasa bagi extra value. Contoh SP Setia bina balai polis tambahan Setia Alam dan siap bagi bonus pada polis.
🔘 Ada sekolah International, cina, kebangsaan, dan tamil. Seksa woo kalau takde sekolah. Kesian kat anak-anak pukul 5 pagi dah kena bangun.
🔘 Bayar premium untuk township. Takde lah terkejut beruk kalau tiba2 ada tanah kosong tiba2 jadi loji taik depan rumah. Well planned.
🔘 Banyak bank kat komersial area. Cina takleh hidup kalau takde bank. Sebab mereka meniaga dan perlukan Cash Deposit Machine.
🔘 Cari kawasan yang ada good mix of cina, melayu, india, foreigner.
🔘 Cari developer yang plan nak buat mall.
🔘 Cari developer yang peka pada landscaping (extra value). Tenang.....
🔘 Cari majlis perbandaran yang tip top cam MPSJ dan MBSA. Dapat yang cokia...sampah pun lambat angkat. Lalang terbiar. Jalan berlopak.
🔘 Beli unit sebelah corner lot. Parking lebih.
🔘 Cari kawasan banyak orang middle class. Nanti diorang naik pangkat, diaorang akan reno rumah. Anda akan dapat limpahan.
🔘 Cari rumah yang jarak antara rumah besar. Jalan luas. Kalau double park pun masih boleh lalu. Tak tersumbat.
🔘 Cari teres yang longkang dan wayar letrik tersembunyi bawah tanah. Nampak cantik dan takde longkang. Boleh parking cun.
🔘 Elakkan tempat ibadat. Faktor perayaan dan bunyi. Unless kawasan tu homogenous. Kalau semua jiran Melayu baguslah tepi masjid.
🔘 Cari yang dekat dengan exit lebuhraya. Walaupun rumah jauh dari KLCC, senang guna hiway. Cari kawasan ada multiple hiways so ada banyak options untuk waze.
🔘 Cari kawasan G&G kalau mampu. Kalau takpun..cari yang ada jaga. Penting sebab digestion period landed ni lama sebab kes pecah rumah senang kalau takde security.
🔘 Cari kawasan crime rate rendah. Sebab tu SP setia siap bina pagar free untuk teres Setia Alam. Extra value tu.
🔘 Landscaping tu penting. Aman...tenang. Eco World pandai buat landscaping.
🔘 Cari unit mengadap air. Ada ong.
🔘 Cari unit bilik utama (master bedroom) tak mengadap matahari jatuh. Bahang...bil aircond tinggi.
🔘 Cari unit atas bukit. Ong
🔘 Cari rumah yang design berbeza setiap tiga empat row. So design tu unique. Bukannya satu taman design sama je. Takde USP
🔘 Cari parking garage tak tilted. Nanti kereta bergolek dan lanyak anak sendiri.
🔘 Sebaiknya cari 22 x 75 kalau mampu. Parking senang masuk dua kete. Now minimum rumah dua tiga bijik kete.
🔘 Cari kawasan taman ada single entry dan keluar. Safety.
🔘 Cari unit mengadap hujung taman. Ada extra parking, senang orang datang kenduri.
🔘 Kalau boleh elakkan bilik letrik TNB, bawah wayar power cable, tepi loji taik. Ada orang takut kena kanser katanya.
🔘 Pricing janganlah over sangat. Takut esok-esok nak jual payah kalau terdesak.
🔘 Cari layout yang boleh diubah jadi banyak bilik in case korang nak letak partitions untuk main game sewa per kepala.
🔘 Kalau freehold tanpa sekatan tu added bonus kalau kawasan tu kaumnya mixed.
.
.
#MoralOfTheStory
🔘 Biasanya teres ni orang beli untuk duduk sendiri untuk membesarkan keluarga. Ada juga orang beli untuk pelaburan tapi eloknya belilah untuk duduk.
🔘 Teres mahal sekarang tapi kalau zaman sekarang belilah walaupun saiz 18 x 65. Walaupun kecil at least it is not a shoebox.
🔘 Cukuplah kot tips setakat ni. Moga bermanfaat. Until then, happy hunting!
#ungoggekable
t.me/PlanetJaegers
No comments:
Post a Comment