Labels

1 1/2 storey (1) 1.5 storey (3) 2.5 storey (3) 3 storey (3) 3.5 storey (1) Akta 242 (1) alam budiman (1) ampang (11) antaragapi (1) Aparment (1) Apartment (51) ara damansara (1) ARCTICLES (2) ARTICLE (1) ARTICLES (135) ARTILCES (2) balakong (1) bandar enstek (1) bandar tun razak (1) bangi (8) bangsar (1) banting (2) batang berjuntai (1) batu berendam (1) batu cave (1) batu gajah (1) Batu Kikir (1) bekok (1) beranang (1) bukit antarabangsa (2) bukit beruntung (1) bukit jalil (1) bukit kapar (1) Bukit raja (1) bukit saujana (1) bukit tinggi (1) Bungalow (14) Bunglow (1) Business (1) cameron highland (1) chalet (1) cheras (4) Condo (15) Condominium (2) corner (11) corner lot (3) cyberjaya (6) damansara (7) denai alam (1) dengkil (5) Double (3) double store (1) double storey (80) end lot (2) factory (4) gombak (3) Homestay (1) Hotel (1) House (1) hulu langat (3) hulu selangor (2) icity (1) jalan kebun (3) janda baik (1) jelebu (2) jelutong (1) jeram (1) jerantut (1) johan setia (1) johor (1) kajang (11) kapar (4) kedah (1) kelana jaya (1) kelantan (1) kemuning (1) kemuning utama (1) ken rimba (1) keramat (2) klang (27) klang utama (2) klang valey (1) klang valley (2) klia (1) kota damansara (4) kota warisan (2) kuala langat (1) Kuala Lumpur (7) kuala selangor (1) kuala terengganu (5) kubang pasu (1) Land (44) landed (14) langkawi (1) leasehold (1) melaka (2) mersing (1) meru (5) Modern (1) negeri sembilan (2) new (1) nilai (2) northport (1) olak lempit (1) palm oil (1) Pangsapuri (1) peninsular (1) petaling jaya (6) plantation (1) port dickson (1) puchong (11) puchong prima (1) puchong utama (1) pucong prima (1) pulau indah (1) Pump station (1) puncak alam (15) putra height (1) putrajaya (6) rawang (12) rembau (1) Resort (1) salak tinggi (1) saujana putra (1) saujana utama (2) sei kembangan (1) selayang (2) semenyih (4) semi d (17) sendayan (1) sepang (5) seremban (1) seri kembangan (3) service apartment (1) Service Residence (1) setia alam (3) setiawangsa (1) setiwangsa (1) shah alam (70) shophouse (1) shoplot (7) sijangkang (1) Single (1) single storey (21) soho (1) sri kembangan (4) sri petaling (1) studio (5) subang (3) subang bestari (1) subang jaya (4) sungai buloh (12) sungai buluh (1) taman sri andalas (1) telok mas (1) telok panglima garang (2) terengganu (1) terrace (1) Town villa (1) townhouse (4) Triplw storey (1) ukay perdana (5) ulu bernam (1) ulu langat (1) ulu yam (1) usj (4) wangsa maju (2) wangsamaju (2)

Apa Itu Net Disposable Income (NDI)?


****************************************

Nak dapat pembiayaan perumahan sekarang ni semakin susah jika kau tak faham aturannya. Selain faktor DSR (Debt Service Ratio) yang diambil kira oleh pihak bank, faktor NDI juga penting untuk permohonan  pembiayaan perumahan yang baru.

Bank Negara Malaysia sering mengeluarkan panduan kepada pihak bank supaya rakyat Malaysia tidak terbeban dengan hutang. Supaya tidak diselubungi dengan hutang yang tidak mampu mereka bayar. Jika diikutkan oleh AKPK, purata lebih kurang 44 orang rakyat Malaysia akan bankrap/muflis setiap hari.

***

Secara ringkasnya cara pengiraan NDI adalah seperti berikut: 

Pendapatan Bersih - Semua Komitmen Hutang - Komitmen hutang baru = NDI 

Contohnya;

Pendapatan bersih korang lepas tolak KWSP, ada RM2500. Tolak pula hutang kereta RM350. Dan ansuran bulanan rumah kau baru nak beli ialah RM550. 

**ansuran bulanan rumah baru nak dibeli boleh disemak anggarannya di aplikasi iMoney**

RM2500-RM350-RM550= RM1600

Jadi dikira RM1600 ni NDI kau. Bank anggap dengan RM1600 ni lah digunakan untuk keperluan hidup kau. Nak bayar sewa rumah ke, bayar bil-bil ke. Belikan awek patung beruang besar ke.

NDI ni macam cost of living, kos sara hidup, baki duit yang ada untuk buat perbelanjaan hidup selepas tolak semua komitmen bulanan nanti. Kalau takde NDI macam mana kau nak hidup kan. Kos makan minum semua tu.

Jika tolak semua komitmen tinggal RM100 je. Macam mana kau nak hidup kan? Nak tunggu gaji seterusnya lambat lagi.

*

Kategori bandar termasuklah; Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Petaling Jaya, Subang dan bandar yang tinggi kos hidupnya. 

Antara NDI ditetapkan oleh bank ialah;

1. Maybank 
Bandar: RM1500
Luar bandar: RM1000

2. CIMB
Bandar: RM1000
Luar bandar: RM500

3. Hong Leong Bank
Bandar: RM1000
Luar bandar: RM750

4. Public Bank: 
Bandar: RM1000
Luar bandar: RM600

5. Bank Rakyat 
Bandar: RM1600
Luar bandar: RM1000

6. Bank Islam 
Bandar: RM1000
Luar bandar: RM1000

7. Ada sesiapa/banker yang tahu mahu tambah lagi? Boleh dijadikan rujukan bersama. 

**Mungkin tidak tepat 100% nilai NDI tersebut. Untuk rujukan asas sahaja. Mungkin berubah mengikut SOP bank dan juga mengikut cawangan bank juga. 

*

Kau perlu mempunyai baki pendapatan sekurang-kurangnya RM1,500, jika tinggal di kawasan Lembah Klang, selepas tolak semua komitmen bulanan termasuk komitmen baru yang dimohon. 

NDI ni kira wang untuk perbelanjaan kehidupan korang lah. Kos sara hidup. Cost of living. Kau kan suka bergaya hidup mewah. Kakakaka. 

Tapi kau janganlah risau, pihak bank akan cuba tolong kau. Yang penting dokumentasi kenalah lengkap. Ada simpanan dekat akaun bank, ASB, Tabung Haji kau kasi je tunjuk ke mereka. Tak pun parking dulu duit simpanan suami/isteri korang dalam ASB/TH kejap. Nak tunjuk kau ada simpanan juga sikit-sikit. 

Kesimpulannya, jika kau berpendapatan bawah RM2000, kena lah tambah pendapatan lagi. Buat side income. Perniagaan online ke. Kena kurangkan hutang juga. Jangan risau dan kelam kabut ye. Masa itu akan tiba jika kau berada di jalan yang lurus selurus-lurusnya.

Tapi, kalau kau bergaji RM2000 dah pakai Honda City, ada kad kredit, hutang peribadi masa kahwin tak habis bayar lagi, kau janganlah cari rumah mahal-mahal atas tanah tepi KLCC ye ye. Kau cari dulu rumah apartmen. Kah!

SHARE l TAG jika manfaat 😊 

[ASY]

2 comments: