=====================================
🚫 Permohonan ditolak dengan alasan gaji tak cukup
➡ sebenarnya banker malas proses loan ciput sangat bawah 100k. Bila mohon loan 260k lulus pulak...😅😅. Tak de pun cakap gaji tak cukup.
🚫 Permohonan ditolak, alasannya bekerja di syarikat bukan glc. Syarikat tidak disenarai di bursa saham.
➡ ada pegawai yang minta company profile. Penyata EPF 6 bulan untuk pastikan company aktif dan akhirnya pinjaman saya diluluskan
🚫 Permohonan ditolak atas alasan bank tak cover lokasi tersebut
➡ polisi setiap bank berbeza2. Bank merah di Shah Alam tak terima, tapi bank merah di lokasi berhampiran terima. Janji layak memohon loan.
🚫 Permohonan ditolak kerana developer bankrup
➡ ada bank yang masih terima permohonan. Syaratnya pihak insolvensi telah lantik konsultan untuk ambil alih semua urusan tukar milik dan urusan memberi title kepada setiap unit
🚫 Permohonan ditolak disebabkan strata atau title belum dikeluarkan unit berusia lebih 10 tahun
➡ kenal pasti punca dan sebab strata/title tak dikeluarkan. Ada macam2 sebab. Pkns yang besar pun lambat apply strata. Memang itu tradisinya.
Ada juga kes cf pun tak layak. Macam mana nak keluar geran @ strata.
Ada beberapa bank yg terima permohonan unit tiada strata. Sebaiknya cari sendiri dan tambah networking (takut juga, bank yg masih offer loan fikir semula syarat2 mereka dan ikut bank2 yang lain - saya yang menulis pun kena fikir juga kesannya)
🚫 ditolak kerana komitmen terlalu tinggi
➡ bahaya ambil loan asb, kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya, suka saya mengingatkan mohon housing loan dulu sebanyak mungkin baru loan2 yang lain.
Senarai dalam ccris statement dah panjang menjela2 sedangkan dalam akaun ada seribu dua shj. Memang susah nak apply loan.
Officer akan minta kita deposit sejumlah wang menjadi bukti kepada kemampuan membayar loan yang akan datang. Biasanya setahun installment.
Setakat itu dulu. Kepala pening. Ini pun taip punya lah lama. Lain kali saya share lagi pengalaman saya. Tak semua manis. Tapi saya tak cepat putus asa..
#cumasayashariza
No comments:
Post a Comment