Sesi soal jawab bersama perunding hartanah kacak lagi bergaya Mohd Hazlan dengan sorang pembeli.
Soalan : "berapa kos sebenarnye yang saya perlu keluarkan bro untuk beli rumah subsale? Ada kata 10%, ada kata 15%, ada kata 13%, ada kata 3%" Pembeli keliru.
Jawapan : bagi memudahkan pemahaman jawapan, izinkan sy buat contoh pembelian rumah bagi harga 100k.
Bagi kes pembelian "normal" melalui ejen hartanah, deposit 10% adalah diperlukan. Dari 10% ini dipecahkan kepada 2 bahagian.
1, booking fee 3.18%. booking fee 3.18% ni, iaitu jika harga rumah 100k, anda perlu membayar sejumlah rm3180 sebagai booking fee ke akaun agensi hartanah yang menguruskan pembelian hartanah anda. Ianya sebagai tanda jadi anda ingin membeli hartanah tersebut. Sebaik sahaja bayarab booking rm3180 dibuat, anda akan diminta untuk mengisi dan menandatangani borang offer to purchase (otp) dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan untuk proses permohonan pembiayaan.
2, balance deposit 6.82%. berdasarkan harga hartanah di atas rm100k, maka anda akan diminta membuat bayaran baki deposit sebanyak rm6820 kepada lawyer yang menguruskan perjanjian jual beli anda. Bayaran baki deposit ini perlu dibayar ketika anda akan menandatangani perjanjian jual beli antara anda dan pemilik asal rumah terbabit. Kebiasaanya, tempoh masa antara bayaran booking dan bayaran baki deposit adalah selama 21hari bekerja selepas anda menandatangani offer to purchase form. Namun tempoh ini bergantung sebenarnya pada tempoh pembiayaan anda diluluskan oleh bank.
Jadi, bagi hartanah bernilai rm100k, jumlah deposit yang anda perlu bayar adalah sebanyak rm10k secara keseluruhan.
Ya. Anda masih ada lagi satu bayaran lain yang perlu dibayar selain deposit rumah tadi. Iaitu bayaran guaman bagi perjanjian jual beli. Bayaran guaman ini secara kasarnya adalah antara 3% hingga 5% dari harga rumah. Bayaran guaman ini perlu dibuat pada hari anda menandatangani perjanjian jual beli. Kenapa tiada amaun tepat bagi bayaran guaman ini? Ini kerana, setiap firma guaman, berlainan caj yang dikenakan. Tapi tidak melebihi 5% dan kurang daripada 3% kebiasaannya, kerana firma guaman sudah mempunyai standard caj yang dikenakan bagi perjanjian jual beli rumah, mungkin yang membezakan antara caj antara firma-firma guaman adalah bayaran yang melibatkan workmanship. Jadi berapakah jumlah 'selamat' perlu anda sediakan bagi bayaran guaman ini? Sebaiknya, anda perku sekurang²nya 4% dari harga rumah. Iaitu bersamaan rm4000 bagi rumah berharga rm100k.
Jadi secara keseluruhan nya, bagi rumah berharga rm100k, anda perlu modal sekurang-kurangnya, rm14 ribu.
Semoga bermanfaat.
Credit to penulis asal yg kacak itu, Mohd Hazlan
#infoMiraMNproperty
No comments:
Post a Comment