#TipsHartanah
Bagi mereka yang baru bermula dan rumah pertama.
Selalu tertanya-tanya berapakah modal yang diperlukan untuk membeli rumah.
10% dari harga belian - Deposit rumah
5% anggaran kasar- Kos Perjanjian jual beli dan pinjaman
RM600-RM1,500 - Kos laporan penilaian (rumah RM500k ke bawah)
Total 15% + RM600.
Mungkin anda rasa banyaknya tunai yang diperlukan, jangan risau, anda boleh mengikut 3 cara aliran seperti dibawah.
Cara 1
Yang perlu disegerakan adalah 10% semasa tandatangan perjanjian jual beli ditandatangan.
Selepas itu Deposit Perjanjian Jual Beli & Pinjaman RM500 atau RM1,000. Selebihnya boleh dibayar kemudian dalam masa 3 bulan sebelum pindahmilik dibuat.
Kemudian Laporan penilaian RM600 dalam masa 2 minggu.
Total 10% + RM500 + RM600
Cara 2
Yuran Booking 3% atau 4% dari harga belian dibayar dahulu, dalam masa 2-3 minggu tandatangan perjanjian jual beli dan bayar baki 7% atau 6% dari harga belian.
Deposit Perjanjian jual beli dan pinjaman RM500-RM1,000.Selebihnya boleh dibayar kemudian dalam masa 3 bulan sebelum pindahmilik dibuat.
Kemudian Laporan penilaian RM600 dalam masa 2 minggu
Total 10% + RM500 + RM600
Cara 3
Yuran Booking 3% atau 4% dari harga belian dibayar dahulu, dalam masa 2-3 minggu tandatangan perjanjian jual beli ditandatangani dan baki 7% atau 6% dari harga belian dibayar selepas pengeluaran KWSP dibuat. (Perlu mendapat persetujuan Penjual terlebih dahulu) Pengeluaran KWSP mengambil masa 2 minggu ke 1 bulan dari tarikh perjanjian atau kebenaran menteri besar diluluskan.
* Pengeluaran KWSP akaun 2 boleh dikeluarkan untuk rumah pertama dan syaratnya perjanjian jual beli dan pinjaman ditandatangan terlebih dahulu.
Deposit Perjanjian jual beli dan pinjaman RM500-RM1,000.Selebihnya boleh dibayar kemudian dalam masa 3 bulan sebelum pindahmilik dibuat.
Kemudian Laporan penilaian RM600 dalam masa 2 minggu
Total 3% + RM500 + RM600
Cara 4
Yuran Booking RM500-RM1,000 dari harga belian dibayar dahulu, (Perlu mendapat kebenaran dari Penjual) dalam masa 2-3 minggu tandatangan perjanjian jual beli ditandatangani dan baki 10% dari harga belian dibayar selepas pengeluaran KWSP dibuat. (Perlu mendapat persetujuan Penjual terlebih dahulu) Pengeluaran KWSP mengambil masa 2 minggu ke 1 bulan dari tarikh perjanjian atau kebenaran menteri besar diluluskan.
* Pengeluaran KWSP akaun 2 boleh dikeluarkan untuk rumah pertama dan syaratnya perjanjian jual beli dan pinjaman ditandatangan terlebih dahulu.
Deposit Perjanjian jual beli dan pinjaman RM500-RM1,000.Selebihnya boleh dibayar kemudian dalam masa 3 bulan sebelum pindahmilik dibuat.
Kemudian Laporan penilaian RM600 dalam masa 2 minggu
Total RM1,000 + RM500 + RM600
Cara 5
Yuran Booking RM500-RM1,000 dari harga belian dibayar dahulu, (Perlu mendapat kebenaran dari Penjual) dalam masa 2-3 minggu tandatangan perjanjian jual beli ditandatangani dan baki 10% dari harga belian dibayar selepas selesai semua urusan. (Perlu mendapat persetujuan Penjual terlebih dahulu dan Pinjaman 100% dari bank)
Deposit Perjanjian jual beli dan pinjaman RM500-RM1,000.Selebihnya boleh dibayar kemudian dalam masa 3 bulan sebelum pindahmilik dibuat.
Kemudian Laporan penilaian RM600 dalam masa 2 minggu
Total RM1,000 + RM500 + RM600
Cara 2-5 perlu mendapat persetujuan dari penjual terlebih dahulu, jika penjual tidak benarkan maka ianya tidak boleh dilakukan.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment