Sebelum 2007, semua penjualan perlu dapatkan " kebenaran/consent" dari Pemaju. Tanpa " consent" jualbeli tidak boleh berlaku. Pemaju akan "caj" yuran dari Penjual dan kadar nya berbeza beza antara satu satu Pemaju.
Pemaju kena turun tandatangan ke atas " Deed of Assignment"
_______________________________________
Selepas 2007, Penjual hanya perlu " notify" atau maklumkan pada Pemaju akan penjualan melalui suatu notis ("notice of assignment"). Notis ini biasanya dilakukan oleh Peguam.
Dokumen tersebut hendaklah di hantar bersama notis:
Deed of Assignment
Sale and Purchase
Sebelum itu, Peguam juga akan memaklumkan Pemaju dan meminta Pemaju memaklumkan apa apa tunggakan wang dari Penjual kepada Pemaju.
Inilah masanya untuk Pemaju mengutip kembali apa apa wang yang terhutang oleh Penjual. Contohnya seperti tunggakan " maintenance".
Pemaju juga akan sahkan beberapa perkara yang Peguam minta. Contohnya seperti status permohonan geran strata individu.
Makluman ini adalah baik untuk Pembeli.
Selain itu, caj yang boleh pemaju kenakan untuk maksud notifikasi ini hanya RM 50.
_________________________________________
Kenapa perlu bagi notis?
Logiknya, untuk kes jualbeli rumah yang belum geran individu, hanya Pemaju yang ada simpan rekod siapakan Pemilik terkini rumah berkenaan.
So kena update Pemaju setiap kali ada pertukaran ownership. Kemudiannya, Pemaju yang boleh bagi pengesahan setiapkali ada jualbeli.
Dan bila geran individu dah siap, Pemaju tahu nak buat pindahmilik pada siapa.
Sumber asal: facebook Nazri Mustafa Peguam Hartanah
No comments:
Post a Comment