Yuran Guaman jualbeli rumah mahal. Cuba bayangkan kalau beli rumah " sub sale" atau dari tangan orang yang harganya RM 500,000... Kena bayar PEGUAM sampai RM 15,000.
-Nak bayar DEPOSIT lagi
-Duit pindah rumah lagi
-Duit langsir lagi
-Duit perabut lagi
-Kabinet dapur lagi
-Pasang Astro, unifi lagi
PENING ahhh...
Beli rumah tak payah pakai loyer tak boleh ke?
Sign sign dapat duit...
____________________________________
Begitulah rungutan yang selalu didengar.
Ini yang saya suka. Sebab saya dapat PELUANG. Bukan peluang nak " POW" tapi peluang untuk " educate".
Yuran guaman adalah di kategori kan sebagai " mampu bayar". Kalau tak mampu bayar masakan ada Pemaju yang berani tawar " Free legal fee" kepada Pembeli. Bayangkan kalau 300 unit?
Yuran guaman dikawal oleh PERINTAH SARAAN PEGUAM ,2005.
Saya ulang....2005.
Maknanya tiada kenaikan sejak tahun 2005...sudah 11 tahun tak naik. Harga rumah dah nak 100 ke 200% tau...
Kiraannya :
RM 150,000 - 1% = RM 1500
RM 350,000 -0.7% = RM 2450
Jumlah untuk Peguam kalau beli rumah RM 500,000 ialah RM 3950 sahaja.
( ada bayaran2 lagi untuk tugas tambahan tapi bayaran di atas adalah paling besar)
Dengan RM 3,950 untuk menanggung tanggungjawab uruskan kes bernilai RM 500,000, pegang file 3 bulan, berurusan dengan pelbagai pihak, jaga kepentingan Pembeli.... Tak mahal kot.
Jadi sila bajet dengan betul sebelum beli rumah.
Cnp: facebook Nazri Mustafa Peguam Hartanah
No comments:
Post a Comment