Saya pernah didatangi oleh beberapa orang broker tanah.
Mereka minta saya mewakili mereka untuk secure komisyen mereka hasil daripada jualan sebidang tanah.
Belum apa-apa lagi mereka dah cerita tentang komisyen juta juta yang mereka akan dapat jika berjaya jual tanah tersebut. Sebab tu lah kata mereka mereka nak lantik lawyer untuk protect bahagian mereka. Takut ditipu.
Mereka siap offer saya lagi " Kalau dapat komisyen tu nanti, setakat satu juta tu tak de masalah tuan, tuan ambil lah buat "minum air" " katanya.
Saya senyum je tengok gelagat dia orang yang over excited tu. Dalam hati saya kata, boleh percaya ke broker ni. Jangan setakat "tin kosong" sudahlah.
Selepas mereka habis bercerita, saya pun tanya mereka. Ada bawak salinan geran tanah tu tak? Mereka pun tunjukkan muka surat 3 salinan geran tanah (bahagian pelan). Saya tanya lagi, "Ini sahaja ke salinan geran tanah yang encik ada?"
Mereka jawab ya. Mereka kata "Owner akan kasi dokumen-dokumen lain selepas kami dapatkan buyer dan setelah buyer keluarkan surat minat untuk beli".
"Kami dah ada buyer yang minat nak beli dah tuan. Dan mereka sanggup beli cash. Saya pun dah bercakap dengan Dato' Sri SK. Dia pun dah tengok tanah tu. Tinggal lagi dia nak tengok dokumen je dari owner. Tapi sebelum kami bawak dia jumpa owner, tu yang kami jumpa tuan ni. Kami nak lah secure bahagian kami dahulu" katanya. Panjang lebar mereka explain untuk meyakinkan saya.
Saya pun tanya lagi "Ni owner dan buyer dah ada peguam ke?. "Rasanya dah ada lawyer. Sebab owner bagi tahu dokumen semua ada dengan lawyer dia. Buyer tu pun rasanya dah ada peguam" jawab mereka tidak berapa yakin.
Saya kata pada mereka "Kalau kedua-duanya pihak dah ada peguam, macam mana cara saya nak secure bayaran komisyen tuan tuan tu? Sebab bukan saya yang pegang duit bayaran harga jual beli tu nanti.
"Melainkan saya dilantik mewakili salah satu pihak sebagai stakeholder, sama ada mewakili owner atau pembeli. Then barulah saya boleh potong terus komisyen tuan-tuan daripada bayaran harga jual beli yang saya terima nanti. Itu pun dengan syarat pihak yang saya wakili tu keluarkan arahan bertulis supaya saya potong terus bahagian komisyen tuan-tuan daripada bayaran harga jual tersebut"
Kalau setakat tuan tuan lantik saya mewakili tuan-tuan sedangkan saya bukanlah peguam yang pegang duit hasil jual tanah tu, macam mana saya nak secure komisyen tuan-tuan.? Saya tak de kuasa untuk arahkan pembeli atau owner atau peguam mereka untuk potong bayaran harga jual beli tanah tu sebagai komisyen tuan-tuan.
Lagipun macam mana saya nak mewakili tuan-tuan. Dokumen tentang tanah ni pun tak lengkap. Tak de pengesahan bertulis yang owner betul betul nak jual tanah dia. Nanti tuan-tuan dah dapat pembeli, tiba tiba owner kata tak jadi nak jual macam mana? Apa pegangan yang tuan-puan ada.? Setakat sekeping salinan muka surat 3 gera tanah ni tak mengikat apa-apa pun di pihak tuan-tuan.
Terpinga-pinga mereka bila saya bagi tahu macam tu. Berubah terus air muka mereka. Daripada ceria sakan tadi jadi muka macam ayam berak kapur. Mungkin first time mereka dengar ada orang explain macam tu pada mereka.
Mereka anggap bila jumpa peguam settle masalah. Tapi rupa rupanya bukan senang nak dapat komisyen juta juta tu.
Sekarang ni macam mana tuan? Apa yang nak kami buat ni.? Saya jawab" Dapatkan dokumen-dokumen yang lengkap tentang tanah tersebut dan surat lantikan bertulis daripada owner sebagai wakil exclusive untuk jual tanah. Dan minta owner atau buyer lantik saya sebagai peguam mereka dahulu. Boleh tak agak agak? " tanya saya.
Tak pelah tuan. Kami cubalah. Jawab mereka ringkas sambil keluar daripada bilik saya. Nampak muka mereka macam frust. Mereka Ingatkan dah boleh berangan dengan wang komisyen juta juta. .hehe.
Jadi nasihat saya kepada masyarakat di luar sana, sebelum bercadang nak jadi broker tanah tu, carilah ilmu asas tentang jual beli hartanah dan perundangan hartanah terlebih dahulu. Jangan setakat pikir komisyen juta juta sahaja. Anda ingat senang ke nak dapat juta juta tu.? Nak dapat ribu ribu pun susah tau.
Dan sebaik baiknya jadilah ejen hartanah berdaftar. Sebab anda akan dilatih terlebih dahulu tentang asas asas jual beli hartanah yang betul sebelum boleh buat kerja kerja menjual hartanah.
Dan satu lagi jangan ingat semua lawyer akan ikut sahaja kehendak anda bila ditawarkan komisyen juta juta tu. Setakat sembang kosong semua orang boleh cakap. Tak de dokumen yang lengkap tak payahlah nak cerita lebih lebih. Buang masa saja.
Maka jadilah ejen hartanah yang smart dan bukannya setakat broker tanah "tin kosong".
CnP from WhatsApp
No comments:
Post a Comment