Labels

1 1/2 storey (1) 1.5 storey (3) 2.5 storey (3) 3 storey (3) 3.5 storey (1) Akta 242 (1) alam budiman (1) ampang (11) antaragapi (1) Aparment (1) Apartment (51) ara damansara (1) ARCTICLES (2) ARTICLE (1) ARTICLES (135) ARTILCES (2) balakong (1) bandar enstek (1) bandar tun razak (1) bangi (8) bangsar (1) banting (2) batang berjuntai (1) batu berendam (1) batu cave (1) batu gajah (1) Batu Kikir (1) bekok (1) beranang (1) bukit antarabangsa (2) bukit beruntung (1) bukit jalil (1) bukit kapar (1) Bukit raja (1) bukit saujana (1) bukit tinggi (1) Bungalow (14) Bunglow (1) Business (1) cameron highland (1) chalet (1) cheras (4) Condo (15) Condominium (2) corner (11) corner lot (3) cyberjaya (6) damansara (7) denai alam (1) dengkil (5) Double (3) double store (1) double storey (80) end lot (2) factory (4) gombak (3) Homestay (1) Hotel (1) House (1) hulu langat (3) hulu selangor (2) icity (1) jalan kebun (3) janda baik (1) jelebu (2) jelutong (1) jeram (1) jerantut (1) johan setia (1) johor (1) kajang (11) kapar (4) kedah (1) kelana jaya (1) kelantan (1) kemuning (1) kemuning utama (1) ken rimba (1) keramat (2) klang (27) klang utama (2) klang valey (1) klang valley (2) klia (1) kota damansara (4) kota warisan (2) kuala langat (1) Kuala Lumpur (7) kuala selangor (1) kuala terengganu (5) kubang pasu (1) Land (44) landed (14) langkawi (1) leasehold (1) melaka (2) mersing (1) meru (5) Modern (1) negeri sembilan (2) new (1) nilai (2) northport (1) olak lempit (1) palm oil (1) Pangsapuri (1) peninsular (1) petaling jaya (6) plantation (1) port dickson (1) puchong (11) puchong prima (1) puchong utama (1) pucong prima (1) pulau indah (1) Pump station (1) puncak alam (15) putra height (1) putrajaya (6) rawang (12) rembau (1) Resort (1) salak tinggi (1) saujana putra (1) saujana utama (2) sei kembangan (1) selayang (2) semenyih (4) semi d (17) sendayan (1) sepang (5) seremban (1) seri kembangan (3) service apartment (1) Service Residence (1) setia alam (3) setiawangsa (1) setiwangsa (1) shah alam (70) shophouse (1) shoplot (7) sijangkang (1) Single (1) single storey (21) soho (1) sri kembangan (4) sri petaling (1) studio (5) subang (3) subang bestari (1) subang jaya (4) sungai buloh (12) sungai buluh (1) taman sri andalas (1) telok mas (1) telok panglima garang (2) terengganu (1) terrace (1) Town villa (1) townhouse (4) Triplw storey (1) ukay perdana (5) ulu bernam (1) ulu langat (1) ulu yam (1) usj (4) wangsa maju (2) wangsamaju (2)

BERI LESEN PINJAMAN PERUMAHAN KEPADA PEMAJU : "MALAPETAKA" DALAM INDUSTRI HARTANAH NEGARA?

Isu SEMASA 

Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) melahirkan kebimbangan dengan cadangan kerajaan untuk membenarkan pemaju memberi pinjaman perumahan kepada pembeli dan menganggap sekiranya dilaksanakan, ia akan menjadi "malapetaka" dalam industri hartanah negara.

HartaGuam melihat cadangan yang dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar tersebut adalah satu cadangan yang akan lebih membebankan lagi rakyat Malaysia. 

Di antara kesan-kesan yang mungkin akan berlaku hasil daripada perlaksanaan cadangan tersebut adalah seperti berikut:-

1) Kadar keberhutangan isi rumah akan meningkat. Ini adalah kerana pembeli yang bermasalah terpaksa meminjam daripada pemaju untuk membeli rumah. Pemaju yang tidak bertanggungjawab dan yang ingin mengambil kesempatan akan menaikkan harga rumah mengikut kehendak mereka kerana mereka tidak di kawal oleh Bank Negara. Kesannya, kadar keberhutangan isi rumah makin meningkat.

2) Hasrat kerajaan untuk mengawal harga rumah tidak akan tercapai. Ini adalah kerana harga rumah akan ditentukan oleh Pemaju sepenuhnya. Dan mereka jugalah yang akan memberi pinjaman kepada pembeli. Perkara ini akan membantutkan hasrat kerajaan untuk mengawal harga rumah.

3) Cadangan tersebut juga akan memberi implikasi makroekonomi terhadap peningkatan hutang isi rumah rakyat Malaysia. Peningkatan hutang isi rumah yang berterusan boleh mendorong kepada keadaan ketidakstabilan ekonomi negara.

4) Cadangan tersebut juga akan mengakibatkan lebih banyak “Along" dan peminjam wang berlesen wujud di negara kita. Kesannya kadar faedah pinjaman di negara kita makin meningkat. Yang akan mendapat keuntungan berlipat ganda adalah pemberi pinjaman berlesen sedangkan pembeli rumah terpaksa menanggung hutang sehingga ke akhir hayat.

5) Langkah perlaksanaan cadangan tersebut juga akan menyebabkan kadar kebankrapan di negara kita akan meningkat. Dilaporkan sebanyak 18,457 kes bankrap direkodkan pada tahun 2015. Dengan membenarkan pemaju memberi pinjaman, tidak mustahil kadar kebankrapan akan terus meningkat. Ini adalah kerana kadar faedah yang dikenakan adalah amat tinggi dan harga rumah juga semakin melambung naik. 

Oleh yang demikian, HartaGuam mencadangkan, sekiranya cadangan tersebut ingin juga dilaksanakan oleh kerajaan, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian oleh kerajaan terlebih dahulu :-

1) Kerajaan perlu mengawal harga rumah dan meneliti nilaian sebenar harga rumah baru berdasarkan nilaian semasa yang dibuat oleh penilai kerajaan sebelum membenarkan pemaju memberi pinjaman kepada pembeli. Ertinya harga rumah baru bukan ditentukan oleh pemaju semata-mata.

2) Kerajaan perlu mewujudkan peraturan yang ketat sebelum membenarkan pemaju memberi pinjaman tersebut. Misalnya berapa lama tempoh pinjaman, berapa peratus kadar pinjaman yang dibenarkan dan sebagainya. Kadar faedah yang dicadangkan tersebut adalah terlalu tinggi berbanding kadar faedah bank kerana rata-rata faedah yang dikenakan oleh pihak bank adalah antara 4.5%-6% sahaja setahun.

3) Kerajaan perlu mewujudkan program insurans kurang upaya bagi menjamin hak-hak pembeli. Sekiranya pembeli rumah tidak dapat membayar wang pinjaman tersebut akibat diberhentikan kerja, berlaku kemalangan dan kematian, pihak insuran perlu membayar segala hutang tersebut kepada pemaju.

4) Segala prosedur pinjaman tersebut perlu dipantau oleh kerajaan atau badan bebas yang dilantik oleh parlimen bagi mengelakkan sebarang salah guna kuasa oleh pemaju.

5) Pendidikan pengurusan kewangan perlu dipertingkatkan. Rakyat perlu menjadi “financially educated” sebelum membuat sebarang pinjaman perumahan.

6) Kerajaan perlu mewujudkan skim tabungan perumahan untuk belia. Belia yang berumur 18 tahun ke atas dan sudah mula bekerja perlu membuat tabungan untuk membeli rumah.

Sekian, terima kasih,

Yang benar,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
PERSATUAN GUAMAN HARTANAH MALAYSIA (HARTAGUAM)

Credit to : Fadil Mohd Yusof

No comments:

Post a Comment