Perkongsian ...
Dalam urusan jualbeli, biasanya deposit yang kena bayar masa tandatangan Perjanjian Jualbeli ialah 10% dari harga jualbeli.
Kalau beli melalui ejen hartanah berdaftar, 3 % telah di bayar terlebih dahulu semasa " booking". ( gst ejensi tak termasuk dalam harga jualbeli). Jadi baki lagi 7% yang di bayar masa "sign agreement".
Contoh:
Harga jualbeli ...RM 200,000
Deposit awal...RM 6,000 ( 3%)
Baki deposit...RM 14,000 ( 7%)
Ada keadaan di mana Pembeli nak keluar KWSP untuk bayar baki deposit 7% itu.
Ada Penjual yang setuju, ada yang tidak kerana Penjual kena tunggu lama sikit untuk dapat duit itu.
________________________________________
Tapi perlu diingat, dalam kes yang mahu keluar wang epf, walaupun anda hanya bayar 3% semasa tandatangan SNP, tetapi dalam SNP Penjual tetap berhak " merampas" 10% dari harga jualan kalau anda gagal settlekan SNP itu.( melainkan diubah sebaliknya secara persetujuan bersama)
Tapi sebab anda hanya bayar 3%, dan mungkin anda decide untuk tidak teruskan beli sebelum anda keluar wang KWSP, 7% itu tetap menjadi baki terhutang kepada Penjual.
Penjual boleh mulakan tindakan undang2 untuk " recover" duit itu.
#bacaagreementsebelumsign
No comments:
Post a Comment