2 jerung, 2 serangan, 1 tujuan yg sama
Ni 2 berita semalam. Kadang2 orang baca headline dan tak nampak game diorang. Ni memang game level Jerung, bukan level kita. Tapi kita boleh belajar sesuatu drpdnya. Meh saya kupas.. punchline dia kat hujung..
CYCLE CARRIAGE BELI TANAH
CCB ni jual kereta. Tapi dia sebenarnya main game hartanah jugak. Dia beli tanah seluas 45,000 sf, lebih kurang 5-7 banglo lot pada harga rm59.8 juta iaitu rm1,100 psf. Beli tanah dekat dgn Bandar Msia yg bakal dibina. Nak buat service centre.
IHH HEALTHCARE BELI HOSPITAL
IHH ni dalam bisnes healthcare. Dan game dia memang game hartanah tapi khusus kpd hartanah yg terlibat dgn healthcare. Dia beli hospital dgn keluasan lebih kurang 200,000 sf di Manjung bernilai rm63 juta. Sekarang ni, syarikat berkenaan dgn nye sedang menyewa di bangunan tu selama 15 tahun berakhir 2029.
KESIMPULAN
Kedua2 jerung ni berikan alasan yg sama kenapa mereka sanggup belanja berpuluh juta utk hartanah.
1. Jimat drpd sewa bangunan orang. Baik ada bangunan sendiri dalam jangka masa panjang
2. Dapat manfaat drpd capital appreciation drpd nilai hartanah atau tanah itu sendiri.
Kepada yg dah pernah hadir ke seminar2 anjuran saya akan tahu punchline yg saya nak bagi ni berdasarkan 2 berita ni. Ada 2 realiti dalam dunia ni. Realiti pertama ialah orang jadi kaya kerana terlibat dalam hartanah. Dan realiti kedua, orang yg jadi kaya melalui industri2 lain, tetap akan letakkan duit dalam hartanah.
Terbukti realiti kedua di atas dgn 2 berita ini. CCB dalam automotive. IHH dalam healthcare. Tapi mereka sama2 gunakan pemilikan hartanah utk letuskan kekuatan kewangan mereka.
2 jerung ni beli hartanah masa market tengah tidak menentu, bila ramai orang takut, bila ramai orang susah. Masa ni lah nak kutip hartanah. Kalau ada ilmu, kalau tahu apa yg kita buat, risiko pemilikan hartanah boleh diuruskan utk merebut pulangan yg lumayan.
APA ANDA BELAJAR DRPD 2 BERITA INI?
#gamejerungdahsyat
#jerungshoppinghartanah
#bilispunbolehbelajar
#bilispunbolehmenyelit
#adailmubolehrebutpeluang
#takdeilmujanganmasukgame
No comments:
Post a Comment