Kerajaan Negeri mahu rakyat Selangor berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri supaya masa depan mereka lebih terjamin kelak.
Maka, Skim Smart Sewa diperkenalkan dan diperluaskan dengan peruntukkan sebanyak RM100 juta pada Belanjawan 2017. Rakyat Selangor yang berkelayakan boleh menyewa kediaman sehingga lima tahun dan apabila tidak lagi tinggal di unit sewaan, 30% wang sewaan mereka dipulangkan dan boleh dijadikan pendahuluan untuk membeli Rumah Selangorku.
Kerajaan Negeri sedar dan prihatin dengan kepayahan rakyat Selangor berpendapatan sederhana dalam mendapatkan pinjaman membeli rumah dan saya yakin skim ini berupaya menyelesaikan masalah berkenaan.
#PeduliRakyat #MembangunBangsa #MemakmurNegeri
Copy fb Azmin Ali
http://phssb.com/skim-smart-sewa/
No comments:
Post a Comment