Berita baik untuk rakyat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Sime Darby Property melancarkan projek Rumah Selangorku yang kedua iaitu Pangsapuri Harmoni di Putra Heights, Subang Jaya.
Pembangunan empat blok kediaman yang berjumlah 1,700 unit dengan harga berpatutan antara RM170,000 hingga RM270,000 bakal bermula pada April 2017 dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Saya yakin projek kediaman mampu milik ini bakal menawarkan keselesaan hidup kepada mereka yang memerlukan. Pimpinan Negeri Selangor beriltizam untuk meneruskan projek ini pada masa depan demi rakyat Selangor.
#PeduliRakyat
Berita lanjut: https://selangorkini.my/2017/03/lagi-projek-rumah-selangorku-dilancar-tawar-harga-berpatutan/
No comments:
Post a Comment