Rumah pertama sesuai beli untuk investment atau beli untuk duduk? Soalan yang sering ditanya boleh ramai customer saya.
.
.
-Sebelum anda beli hartanah, dan tidak pasti nak beli untuk duduk atau untuk melabur,sila tanya diri sendiri adakah sekarang anda perlukan sebuah rumah?Bagi orang bujang yang belum khawin,adakah anda perlu beli sebuah rumah apartment dengan harga RM300k setiap bulan perlu bayar installment RM 1500..?
.
.
-Pandangan daripada saya, orang bujang tidak perlu beli rumah pertama untuk duduk,walaupun saya sampai hari ini masih lagi sewa bilik dengan bayaran setiap bulan rm500,tapi saya ada beberapa buah hartanah yang sedang disewakan kepada penyewa saya.Saya selalu nasihat orang muda yang berumur 23-30 tahun rumah pertama beli untuk melabur dahulu tidak kira rumah subsales atau undercon project.
.
.
-Kalau rumah pertama anda beli untuk duduk sendiri,setiap bulan anda perlu bayar installment yang agak tinggi,ini akan menyebabkan cash flow anda agak ketat dan tidak ada buat simpanan yang banyak,.Kedua apabila beli rumah pertama untuk duduk, anda agak susah nak beli rumah kedua lagi sebab commitment rumah pertama dah tinggi,biasanya pinjaman susah nak lulus(kecuali income awak tinggi)
.
.
-Rumah pertama nasihat beli dalam harga rm200-300k ,di klang valley masih boleh dapat banyak listing range harga ini, mungkin hartanah range harga ini agak lama dan buruk,tapi bukan awak yang duduk,yang penting permintaan sewa tinggi dan mempunyai potensi untuk jual balik dapat untungan. Lepas dapat untungan,baru guna untungan hartanah beli rumah untuk duduk.
.
.
- Ini cuma pandangan daripada saya,tidak ada salah & betul,kalau anda nak beli rumah pertama untuk duduk pun boleh. Yang penting kena ada ilmu sebelum beli.
.
.
Selamat belajar & Selamat malam.
Financial Coach
.
.
Mr Tee
No comments:
Post a Comment